fbpx

AirAsia Kembali Dengan Tawaran Tempat Duduk Percuma Yang Lebih Lumayan

AirAsia kini kembali dengan 5 juta tempat duduk promosi dan turut menawarkan diskaun hotel, produk tambahan dan produk bebas cukai bagi melengkapi perjalanan anda.

Anda boleh nikmati tambang promosi AirAsia ini bermula dari serendah RM12 untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuantan, Johor Bahru, Kota Bharu dan Penang.

Bukan itu sahaja, untuk penerbangan ke Can Tho, Padang, Hua Hin, Siem Reap, Banda Aceh dan banyak lagi destinasi anda dapat dari harga RM36.

Menarik lagi, anda juga boleh terbang bersama AirAsia X dengan tambang serendah RM199 untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tianjin, Gold Coast, Osaka, Seoul, Honolulu.

Untuk menikmati lebih keselesaan dan pelbagai kelebihan lain, terbang dengan tempat duduk Premium Flatbed yang telah pun pelbagai anugerah dari Kuala Lumpur ke Jaipur, Taipei, Chengdu, Fukuoka, Jeju dari hanya RM699.

Tempahan boleh dibuat di laman web AirAsia ataupun melalui aplikasi mudah alih AirAsia dari 11 Mac sehingga 17 Mac 2019 bagi tempoh perjalanan antara 1 September 2019 dan 2 Jun 2020.

Ahli AirAsia BIG dan pemegang Kad Kredit Hong Leong AirAsia boleh menikmati akses keutamaan 24 jam dari 10 Mac.

Log masuk sebagai ahli BIG di laman web AirAsia atau aplikasi mudah alih AirAsia untuk menikmati diskaun segera untuk ahli.

Ahli AirAsia BIG juga boleh menebus tempat duduk promosi bermula dari serendah 500 Mata Ganjaran BIG di laman AirAsia Big dan aplikasi mudah alih AirAsia BIG.

Buat kali pertama AirAsia juga akan menawarkan penjimatan yang hebat buat anda seperti 1 juta promosi bilik hotel, diskaun 20% untuk semua hidangan Kombo Santan, diskaun 20% untuk pilihan tempat duduk, diskaun 30% di ourshop.com, dan juga diskaun 15% aktiviti di laman deals.airasia.com.

Banyakkan promosi yang anda boleh nikmati? Jadi apa tunggu lagi jom rancang perjalanan anda dengan AirAsia dan jangan lupa untuk ikut pelbagai promosi hebat AirAsia di Faceebok, Intagram dan Twitter.