fbpx

Che Ta Bengang Bekas Pemandu Dakwa Tidak Dibayar Gaji

Sejak semalam, kecoh di media sosial kenyataan seorang lelaki yang merupakan bekas pemandu Rozita Che Wan yang baru saja dua bulan bekerja mendakwa pelakon itu tidak membayar gajinya seperti yang telah dijanjikan

Lelaki tersebut memberitahu dia terpaksa meluahkan perkara itu kepada umum berkenaan bayaran gajinya yang belum diselesaikan lagi selepas tiada lagi jalan penyelesaian berhubung perkara tersebut.

BACA: Netizen Kritik Nama Produk ‘Apam Che Ta’ Berbaur Lucah

Menurut lelaki itu lagi, dia sudah berkali-kali meminta gajinya namun tiada sebarang bayaran dibuat. Malah, lelaki itu juga mendakwa tidak sampai sebulan bekerja, dia telah disaman oleh pihak berkuasa di atas kesalahan menggunakan nombor pendaftaran kereta yang tidak mengikut spesifikasi.

Dalam pada itu, lelaki itu juga turut menyertakan mesej dan bukti perbualannya dengan pembantu peribadi Che Ta mengenai permohonan bayaran gajinya.

Kenyataan tular lelaki berkenaan mendapat perhatian Che Ta yang turut memuat naik kenyataan mendedahkan sikap sebenar pekerjanya itu yang melakukan kerja sambil lewa dan bermasalah.

Setakat ini tiada kenyataan lanjut daripada Che Ta sendiri berhubung isu berkenaan. Apa pun diharap isu ini dapat diselesaikan secara baik di antara dua belah pihak.