fbpx

Didakwa Sambut Krismas, Nora Danish Tampil Jelaskan

Bila bergelar selebriti semuanya akan jadi perhatian ramai sehinggakan hal remeh pun boleh dijadikan isu oleh netizen. Baru-baru ini, gara-gara memuat naik foto ketika perayaan Krismas, Nora Danish dikecam teruk oleh netizen dan tanpa sebarang usul periksa mendakwa pelakon itu meraikan perayaan tersebut.

Netizen turut mempersoalkan mengapa Nora meraikan perayaan Krismas sedangkan dia merupakan seorang Muslim dan seolah mengagung-agungkan tradisi agama Kristian itu.

BACA: Nora Danish Teringin Timang Anak Perempuan Pula

Tidak hanya mahu berdiam diri, komen netizen itu dibalas tenang oleh Nora. Jelas Nora, dia tidak menyambut perayaan tersebut tetapi hanya sekadar menjemput rakan-rakannya untuk makan malam dan sambutan hari jadi.

Nora turut memberi pesanan kepada netizen tersebut supaya jangan terlalu negatif lebih-lebih lagi dalam hal seperti ini.

Kalau boleh sebelum membuat sebarang tuduhan periksa sesuatu perkara itu terlebih dahulu bimbang ianya akan memakan diri suatu hari nanti. Lagi pun siapa kita untuk menentukan perbuatan seseorang itu sama ada berdosa atau tidak.