fbpx

Peminat setia Gegar Vanganza 5 (GV5) pastinya menanti setiap minggu bagaimana agaknya lagu yang bakal didendangkan oleh penyanyi kegemaran anda.

Menanti dengan penuh debaran sama ada penyanyi kegemaran anda mampu membawa lagu pilihan juri itu ataupun tidak.

Bukan sahaja ingin melihat penyanyi kegemaran membuat persembahan, anda juga pastinya inginkan idola anda memenangi Bintang CUCKOO paling gempak setiap minggu bukan?

Jadi inilah masanya untu anda mengundi bintang GV5 kegemaran anda untuk Pencarian CUCKOO Friend 2019 sekaligus berpeluang beraksi dalam Konsert CUCKOO.

Hanya lima bintang yang mendapat undian tertinggi sahaja dipilih untuk bersaing dalam Konsert CUCKOO yang akan berlangsung pada 13 November ini.

Kali ini CUCKOO membuat kelainan dengan memberi ruang kepada kakitangan awam dan kesemua CUCKOO Family (ahli CUCKOO) untuk menggundi bintang bermula sekarang sehingga sebelum konsert akhir diadakan.

Keputusan pencarian CUCKOO Friend 2019 akan diumumkan ketika konsert akhir GV5 nanti.

Bukan sahaja tertumpu kepada selebriti GV5, CUCKOO juga akan memberi hadiah yang lumayan kepada pengundi rawak paling banyak membuat pengundian.

Pengundi berpeluang memenangi termos eksklusif Kyndell CUCKOO sekaligus mendapat tiket eksklusif secara PERCUMA ke siaran langsung konsert GV5.

Undian boleh dilakukan melalui laman web CUCKOO Friend .

Mudah sahaja caranya, anda hanya perlu mengisi maklumat yang diperlukan dalam borang yang disediakan di website dan dari laman web tersebut juga anda boleh membuat pengundian.

Anda juga boleh mengundi kesemua bintang GV5 yang telah tersingkir untuk pencarian CUCKOO Friend.

Terkini seramai 9 bintang GV5 yang masih lagi kekal termasuklah Noryn Aziz, Amelina, Zamani, Mya Ruslee, Dia Fadila, Hetty Sarlene, Forteen, Billy Zulqarnain dan Farawaheda.

Program hiburan GV5 ini bersiaran secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.

Maklumat lanjut layari Gegar Vaganza 5.