Personaliti TV Mahadzir Lokman Meninggal Dunia

Bekas pengacara TV3, Datuk Mahadzir Lokman, meninggal dunia pada awal pagi tadi.

Memetik laporan Astro Awani, beliau yang berusia 61 tahun meninggal dunia selepas menunaikan sembahyang subuh di sebuah hotel di Kota Kinabalu, Sabah.

Perkara tersebut disahkan oleh adiknya, Ida Lokman yang memaklumkan abangnya berada di Kota Kinabalu atas urusan kerja.

Tahun lalu, beliau telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat komplikasi buah pinggang dan paru-paru.

Dilaporkan keluarga Allahyarham kini sedang menguruskan jenazah untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur untuk dikebumikan.

Takziah buat keluarga Allahyarham dan sama-samalah kita doakan kesejahteraan beliau di sana. Al-Fatihah.

×