Pelajar Serang Sekolah Dengan Bom Buatan Sendiri

Tiga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Penambang, Kota Bharu ditahan polis ekoran kejadian letupan bom di sekolah berkenaan baru-baru ini.

Suspek dipercayai menggunakan bom yang diperbuat daripada mercun bola dan karbait di mana di isi di dalam cawan plastik dan dibalut menggunakan getah tiub motosikal.

Kejadian tersebut juga mengakibatkan 80 bilah cermin tingkap di sekolah berkenaan pecah.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidek, ketiga-tiga suspek yang berusia 15 tahun itu berasal dari sekolah yang sama dan menyebabkan berberapa cermin tingkap pecah.

‘Bom yang mereka baling menyebabkan kerosakkan cermin tingkap melibat empat bilik iaitu bilik disiplin, bilik hal ehwal akademik, bilik kaunseling dan dewan sekolah,” katanya kepada Astro Awani.

Kesemua suspek yang ditahan tiada rekod jenayah dan ujian air kencing turut dijalankan ketas mereka dan menunjukkan mereka negatif dadah.

Kes tersebut di siasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api.

×