“Kutuklah Saya, Jangan Sentuh Anak Saya”

Digelarkan dengan bermacam gelaran pelik hanya kerana potongan rambut, Scha al-Yahya tidak kisah dikecam kerana dirinya yang sudah kalis. Pun begitu, hatinya sedikit terguris apabila melibatkan anaknya, Lara Alana.

BACA: Macam ‘Rumput’? Rambut Scha Alyahya Dikritik Netizen

“Saya boleh terima kecaman. Tak kisah pun sebenarnya orang hendak cakap apa, hati saya kering. Nak kutuk atau kecam saya, buatlah tetapi jangan sesekali sentuh anak saya”

“Tapi saya sedikit terkejut bila netizen mula bergaduh dalam ruangan komen saya. Mula-mula saya niat hendak tutup sahaja ruang komen itu tetapi, suami memberi nasihat biarkan sahaja”

“Saya terima semua pendapat. Cuma kalau boleh janganlah menggunakan kata-kata yang tidak elok. Ibu bapa kena pantau. Kadang-kadang yang beria memberi komentar berbentuk negatif ini, budak-budak tau,” katanya.

Biarpun potongan rambutnya menjadi isu besar buat netizen, Scha tidak menyesal membuat keputusan untuk memotong rambut sependek itu. Jelasnya niat untuk memotong rambut pendek sudah lama tersimpan.

Makin parah rakyat Malaysia sekarang apabila potongan rambut menjadi isu besar sehingga melemparkan kata-kata kurang sopan. Semoga Scha tabah membaca komen-komen netizen yang terlebih ‘prihatin’ ini. (rtky/w)

×