8 Tahun Berkawan, Iqbal Kagum Emma Maembong Tak Pernah Berubah

Usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli mendedahkan sedar tak sedar sudah lapan tahun dia berkawan dengan pelakon Emma Maembong.

Menerusi perkongsian di TikTok, Iqbal turut memuji Emma meskipun kini sudah bergelar selebriti popular namun pelakon itu masih sama dan tidak berubah.

BACA: Iqbal Dah Bosan Hidup Mewah, Habiskan RM1 Juta Dalam Seminggu

Malah, Iqbal berkata Emma seorang individi yang sentiasa mahu melihat orang sekelilingnya berjaya dan gembira.

“Tanpa sedar, sudah 8 tahun saya berkawan dengan Emma. Orang yang sering ingin melihat temannya berjaya dan gembira.

“Tiada yang beza, sama saja masih tidak kisah lepak di mamak dengan selipar jepunnya. Itu yang saya kagum dengan Emma,” katanya.

Perkongsian Iqbal itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dimana ada yang berseloroh mengatakan usahawan itu dengan Emma dilihat sesuai.

×