fbpx

8 Benda Yang Boleh Buat Anda Jadi Kacak Bergaya Serta Merta

Dalam dunia serba materialistik sekarang ini, penampilan memang menjadi keutamaan ramai. Apa orang kampung kami kata, first impression is very important. Kami mahu kongsikan 6 perkara atau benda yang akan si lelaki nampak kacak bergaya serta merta.

1. Telefon Pintar Versi Terbaru

2100

Siapa mahu lihat kita gunakan telefon pintar yang berusia lebih setahun bukan? Kalau anda jadi orang pertama di Malaysia yang berjaya menggunakan iPhone 7 kelak, pasti markah gaya anda akan mencanak naik di kalangan gadis.

2. Bank Akaun Dengan Lebih 6 Angka

giphy (2)

Walaupun tidak manis untuk anda tayangkan jumlah wang didalam bank kepada khalayak ramai, orang pasti tahu anda miliki wang yang banyak menerusi gaya hidup anda. Jika ada, kenapa tidak belanjakan untuk menjadikan diri lebih bergaya bukan?

3. Teman Wanita Secantik Neelofa

giphy (1)

Bukan setakat si lelaki akan lebih nampak kacak bergaya berdampingan dengan si gadis cantik, malah gadis lain juga akan turut cemburu — jangan terkejut jika ada yang cuba memikat anda. Maklumlah, yang milik orang itu kadang kala lebih menarik.

4. Budi Bahasa & Hormat Orang Tua

young-man-elderly-woman-visiting-1080937-print-850x565

Kalau ditanya pada perempuan di luar sana, sesiapa pun akan kata budi bahasa dan hormat orang tua is the new sexy.

5. Honda City Red Terbaru

honda-city-red-0002-630x384

Nak bergaya mestilah ada kereta yang bergaya. Apa lagi pilihan terbaik untuk anda selain variasi baru Honda City dalam rona warna merah untuk anda pandu seluruh bandar dengan penuh gaya. Pasti tidak berhenti mata melirik penuh cemburu. Whoa!

6. Percutian Hebat Ke Luar Negara

giphy (3)

Kalau akaun Instagram penuh gambar selfie dan makanan sahaja memang tidak cool kan? Penuhkan pula dengan gambar percutian ke luar negara lebih lebih ke destinasi Eropah atau eksotik di kepulauan Carribean. Gambar selfie belayar di atas bot mewah satu bonus.

7. Almari Persalinan Seperti Ini

closet

Dengan suit mewah, persalinan kasual untuk setiap acara sosial dan kasut yang tidak akan berulang pakai walaupun sudah tiga bulan — gaya seorang lelaki akan terus bertambah dengan almari penuh sebegini. Jangan hanya pakai t-shirt & jeans setiap hari, Eww.

8. Rajin Bersenam, Amal Hidup Sihat

workout

Kalau bergaya dengan pelbagai barang mewah sahaja tidak bermakna kalau tidak menjaga kesihatan kan? Selain boleh dapat bentuk badan menawan dan semakin kacak, seorang lelaki yang sihat mampu lakukan lebih banyak perkara dan produktif dalam kerja.