fbpx

74% Rakyat Malaysia Mahu Perikatan Nasional Terajui Melaka

Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang bermula semalam menyaksikan seramai 112 calon layak bertanding, dengan pertandingan enam penjuru di tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) membabitkan kerusi DUN Asahan, Duyong dan Gadek.

Menerusi kaji selidik rambang yang dilakukan melalui Facebook Live hari ini, seramai hampir 74% rakyat Malaysia yang mengambil bahagian mahukan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menang di PRN Melaka.

Rata-rata netizen meninggalkan komen positif berkaitan pejuangan Perikatan Nasional (PN) untuk membawa perubahan yang lebih baik kepada rakyat di Melaka sekaligus memberikan keyakinan kepada pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perikatan Nasional (PN) mengesahkan akan bertanding di kesemua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan bertanding di 15 kerusi sementara Pas meletakkan calon di lapan kerusi dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) pula mempertaruhkan calon di lima kerusi.

Dari segi latar belakang calon, bekas Perdana Menteri itu berkata, sebanyak 43 peratus wajah yang ditampilkan berusia 40 tahun ke bawah dengan sebahagian besarnya terdiri daripada golongan profesional dan berpendidikan tinggi serta komited demi kepentingan dan kebajikan rakyat.