fbpx

7 Selebriti Popular Mati Bunuh Diri Akibat Tekanan Jiwa

Baru-baru ini, peminat dunia K-pop dikejutkan dengan berita kematian vokalis kumpulan SHINee, Jonghyun yang disahkan meninggal dunia akibat gas beracun karbon monoksida.

Sebelum membunuh diri, Jonghyun meninggalkan pesanan kepada kakaknya dan menyatakan bahawa dia sudah tidak tahan dengan tekanan jiwa yang dialaminya.

Ini antara 10 selebriti popular yang mati bunuh diri kerana masalah tekanan jiwa.

1. Robbin Williams

Pada Ogos 2014, pelakon dan pelawak terkenal Hollywood, Robbin Williams dipercayai menggantung dirinya menggunakan tali pinggang.

Punca bunuh diri, Robbin tidak dapat menerima keadaannya selepas disahkan menghidap Parkinson.

2. Kang Doo Ri

Kematian aktres ini mengejutkan ramai pihak. Khabar angin menyatakan bahawa Doo Ri mati akibat kemalangan jalan raya pada tahun 2015. Namun siasatan polis mendapati terdapat unsur bunuh diri.

Kemungkinan besar pelakon itu mengalami kemurungan kerana persaingan sengit dalam dunia hiburan Korea.

3. U;Nee

Pada tahun 2007, pelakon dan penyanyi popular Korea, U;Nee ditemui mati gantung diri kerana mengalami tekanan jiwa akibat daripada populariti yang dikecapinya. Pelakon itu bunuh diri ketika usia 26 tahun.

4. Kurt Cobain

Vokalis kumpulan Nirvana, Kurt Cobain memilih untuk menamatkan riwayat hidupkan ketika berusia 27 tahun akibat masalah depresi. Mayatnya ditemui sangat tragis dengan menembak dirinya sendiri pada tahun 1994.

5. Lucy Gordon

Pelakon filem Spiderman 3 ini juga mengalami masalah tekanan jiwa dan ditemui mati gantung diri di rumahnya pada tahun 2009.

6. Chester Bennington

Berita kematian penyanyi Linkin Park ini tertanya mengejutkan industri hiburan dunia. Penyanyi ini ditemui mati gantung diri pada Julai lalu.

Penyanyi ini pernah terlibat dengan masalah dadah dan alkohol. Dia juga pernah memberitahu dia pernah ingin cuba membunuh diri kerana pernah didera sewaktu zaman kanak-kanak.

7. Jonghyun, SHINee

Kematian Jonghyun merupakan kehilangan besar buat peminat muzik K-pop. Kakak kepada anggota kumpulan SHINee, Jonghyun, Kim So Dam mengesahkan adiknya itu meninggal dunia akibat bunuh diri.

Punca kematiannya adalah disebabkan mendiang telah menghidu asap karbon monoksida yang berpunca daripada arang yang dibakar di dalam biliknya