fbpx

6 Selebriti Popular Terlibat Dalam Politik

Umum mengetahui tarikh Pilihan Raya Umum ke-14 jatuh pada 9 Mei depan. Bahangnya semakin terasa dan semua parti politik kini bertungkus lumus untuk berkempen.

Semalam, pelakon dan pengacara Azwan Ali mengesahkan bahawa dia akan bertanding pada PRU nanti. Ini bukanlah kali pertama selebriti popular terlibat dalam politik.

Kami senaraikan 6 selebriti yang terlibat dalam politik dan aktif sebagai ahli politik.

1. Herman Tino

Penyanyi veteran Herman Tino pernah bertanding pada PRU 2013 atas tiket Bebas dan hanya meraih 340 undi dalam pertandingan tiga penjuru bagi merebut kerusi Parlimen Tanjong Karang.

2. Dayangku Intan

Pernah popular sekitar 80-an menerusi lagu “Kita Insan Biasa”, Dayangku Intan kini aktif sebagai ahli politik.Pada pilihan raya umum Malaysia 2013, Dayangku Intan bertanding di parlimen Pengerang mewakili PKR.

3. Aishah

Melibatkan diri dalam politik pada tahun 2012 dengan menyertai PAS, penyanyi Aishah pernah bertanding sebagai calon Parlimen Jempol pada PRU 2013 menentang bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad.

4. Anne Ngasri

Walaupun kurang aktif dalam dunia lakonan, Anne Ngasri antara selebriti yang aktif dalam politik. Anne Ngasri kini memegang jawatan Ketua Puteri Umno bahagian Bukit Bintang.

5. Dira Abu Zahar

Merupakan anak kepada anak kepada bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Abu Zahar, pelakon dan pengarah ini mengikut jejak langkah bapanya menceburi bidang politik, Dira menyertai Puteri UMNO dengan menjawat jawatan sebagai Exconya bagi cawangan Tangga Batu sejak 2017.

6. Azwan Ali

Adik kepada Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengesahkan dia akan bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti. Azwan Ali turut berjanji akan belanja rendang jika dia ditakdirkan menang.