6 Makanan Tempatan Paling Kita Rindu Bila Berada Di Luar Negara
Ini bukan perkara baru, jika kita berada di luar negara untuk satu satu tempoh masa yang agak panjang, selain merindukan yang tersayang perkara kedua terdekat di hati pastilah makanan tempatan. Kerana makanan kita paling hebat di dunia!
Jika anda pernah berada di luar negara untuk tempoh lebih dari 72 jam, pasti kerinduan terhadap makanan makanan berikut akan mula melanda. Tidak percaya, anda boleh cuba sendiri.
1. Nasi Lemak
Walaupun jika duduk di Malaysia, bukanlah setiap hari kita makan nasi lemak tetapi jika berada di luar negara hidangan inilah yang paling kita dambakan. Lebih lebih lagi jika sudah beberapa asyik menjamah kebab yang halal.
2. Roti Canai
Sarapan di mana mana negara di dunia ini tidak akan dapat menandingi sekeping roti canai banjir dengan kuah kari atau dalca pilihan anda. BONUS: Teh tarik sebagai pelengkap, oh dugaan.
3. Nasi Campur / Kandar
Kami sekalikan dua makanan harian rakyat Malaysia ini dalam satu kerana mekanisme memilih lauk pauk adalah sama, cuma yang berbeza hanya lokasi dan pilihan. Tidak akan anda jumpa kedai di mana mana di dunia ini yang buka 24 jam dan tawarkan lauk yang sama mewahnya sama ada 2 petang atau 2 pagi — selain restoran mamak kita.
4. Durian
Buah ini kita rakyat Malaysia makan secara bermusim dan jika anda jumpa di luar negara pun, mungkin perlu bergadai harta untuk dapatkan waima seulas. Kelemakan dan manis isinya memang tidak tertanding walau gelato di Trevi Fountain.
BONUS: Kenali pelbagai masakan enak di Malaysia menerusi program Taste of Malaysia bersama Martin Yan di saluran 8TV (setiap Ahad, 6.30 petang) dan di NTV7 (setiap Selasa, 9.00 malam).
5. Laksa
Bayangkan, anda berada di luar dengan cuaca mencecah 10 darjah Celcius, apakah juadah paling enak untuk panaskan badan? Exactly.
6. Roti John
Walaupun ini bukan makanan tradisional kita, makanan ini punya tempatnya tersendiri dalam hati rakyat Malaysia. Tiada sandwich mahu pun lobster roll di luar negara yang mampu tandingi kandungan isi Roti John yang sentiasa buat kita meleleh.
Bila anda di luar negara, apa makanan tempatan yang paling anda rindukan? Kongsi bersama kami di ruangan komen di bawah.
Sambal belacan…ulam….satay
Roti john??? Jarang org nak mkn roti john ni. Masa bulan puasa je kot nampak ramai org jual.
Nasik putih dgn lauk pauk kampung mcm masak lemak cili api/sambal tumis petai/ayam goreng. Roti john tak pernah terfikir pulak masa pegi overseas!
Laksa
Sate, rendang, nasi kerabu, akok, daging bakar cicah air asam, ayam percik
Sebenarnya nasi lemak, nasi kandar, laksa, roti canai ni boleh je masak sendiri kat oversea. Kalau nak rindu benda2 yg mmg payah nak caeu eg durian, petai, sayur2 ulam, cincau
Masakan ibu
Laksa.. nasi putih.. nasi lemak.. sambal telur..
Semua makanan tempatan Malaysia akan teringat + berlegar-legar dalam kepala otak ni Haha, lelebih2 lagi masakan ibu.
Pehh sambal belacan, semua aa.. Pehpehpehpehhpehpehhhpehpehhhh
Masakan Mak
paling renduuuu.. asam pedas ibu…
paling2 pun ikan masin n samba belacan…..
manggis, buah pauh, cendol, laichi kang, paru goreng sambal….
SIAPA LA YG BUAT RESEARCH X TEPAT NI..AKU PG LUA NEGARA XDA PULAK TERINGAT MKANAN2 NI..
Not true semua boleh dapat je di luar negara, roti john? Tak mungkin…. Kuih muih pun boleh janji kene rajin je… Buat sendiri semua nye ade bahan bahan di jual di Asian market, nak makan jangan malas tu je… :) masakan IBU je yang di rindui. Period. :)
Dodulu lah…Nasi lemak dan Mee Hun boleh beli kat Embassy di Belgrave Square London..pepagi ada jual kat basement kat tempat renew Passport…tapi dah lama tak pergi renew ntah ada lagi ke tidak…
Roti John??? Banyak bende lain yang kami kat oversea boleh list kan tapi Roti John bukan dalam senarai..ok. Daging Salai Masak Lemak cili api with belimbing…rinduuu!
Err….roti john tak pernah pulak teringin.nasi lemak,laksa,roti canai boleh buat sendiri.durian pun ada je,cuma mungkin mahal and yg frozen.tp kalau teringin tu frozen pun jalan.paling rindu siput sedut masak lemak,yong tau foo!
aku g oversea slalu adejumpa roti canai, nasi lemak ni sume..
kat singapore banyak kot jual..
ape nk rindunyerrr!hahahahaha…
Actually durian Ader di jual di Asian market in California. Selalunyer restoran Malaysia di New york lebih kepada Nasi lemak, roti canai Dan bermacam jenis Kari type dish. Even chain restaurant papparich pun Ader. Apa apa pun my mom’s Nasi lemak with sambal sotong, papadam, ayam goreng lada is the best. Oohhh…udang masak lemak, sambal Ikan bawal, paru goreng, daging+ken tang goreng, sayur lodeh etc etc…I could go on and on and on….damn!!!!! Rindu sangat ?
Budu.
saya rindu nak makan mee bandung, ikan bakar, siakap tiga rasa, sotong celup tepung ,….semua seafood..kat Turki makan daging jeee
Hahaha..btul3
mintak maaf nah..ada yang min xboh n ada yang xbetoi..roti john and durian mmg aku xrindu..len tu rindu tapi ang lupa char koey teaw ang xboh nasi melayu sambal dgn ulam ang lupa..