fbpx

Sebut saja nama usahawan dan personaliti media sosial Hafiz Mahamad, pasti ramai tahu individu itu dikenali ramai kerana sering membantu mereka yang memerlukan.

Malah, ramai yang mengagumi caranya menghargai isteri tercinta, Syafiqah Aina serta tidak pernah lupa untuk memberi kejutan buat ibu kepada anak-anaknya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Baru-baru ini, sempena ulang tahun kelahiran isterinya Hafiz sekali lagi membuat kejutan buat Aina dimana kelihatan wanita itu terharu dan sebak atas pemberian suaminya itu.

Menerusi video dikongsikan, memaparkan video Aina sedang menangis sambil bermain telefon di atas sofa. Aina berkata ianya kejutan paling bermakna buat dirinya.

Tidak memberitahu kejutan apa yang diterima oleh Aina, namun ramai membuat andaian bahawa pasangan tersebut bakal menunaikan ibadah Haji.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Sementara itu, dalam perkongsian lain Hafiz dilihat turut membuat kejutan buat isterinya dengan menyewa satu panggung wayang serta menghadiahkan satu dokumentari buat Aina.