fbpx

5 Tahun Dipenjara, Ameng Spring Bakal Dibebaskan

Setelah lima tahun dipenjarakan, vokalis kumpulan Spring iaitu Ameng Spring atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail akan dibebaskan daripada Penjara Kluang dalam masa terdekat. Sementara itu isterinya juga dalam masa yang sama tidak mendedahkan tarikh sebenar dia akan dibebaskan.

UPDATE-1: Melalui Harian Metro, Ameng meluahkan perasaan bersyukurnya setelah dibebaskan daripada penjara Kluang malah turut menyatakan rasa insaf dan amat menyesal dengan apa yang dilakukannya.

“Cukuplah dengan Ameng yang lama kerana kehidupan baru perlu diteruskan. Saya menyesal dan insaf malah sebak lebih-lebih lagi melihat kesetiaan isteri dan anak yang menyayangi saya sepenuh hati dan tidak pernah sekali pun pernah melupakan saya”

“Hidup dan mati saya selepas ini hanya untuk keluarga,” katanya yang akan pulang ke rumah keluarganya di Melaka bagi meneruskan Ramadan dan menyambut lebaran nanti.

BACA: Ameng Spring Vokalis Kumpulan Rock Yang Ditahan Miliki Ganja & Syabu?

Melalui Harian Metro, isterinya, Sabariah Zakaria berharap agar suaminya itu diberikan peluang untuk meningkatkan keyakinan dirinya selepas dibebaskan.

“Berilah Ameng peluang untuk bertenang dan mengembalikan kekuatan dan keyakinan dirinya sehari dua ini. Abang Ameng akan bebas, tapi saya tidak mengesahkan pada mana-mana pihak yang beliau akan dibebaskan esok (hari ini),” katanya.

Ameng sebelum ini telah dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Melaka pada 12 April 2011 kerana kesalahan penyalahgunaan dadah. Hukuman itu bagaimanapun dipendekkan berikutan kelakuan dan disiplin cemerlang yang ditunjukkannya. (rtky/s)