Tinggal beberapa hari sahaja lagi, umat Islam bakal menyambut Hari Raya AidilAdha atau lebih dikenali sebagai Hari Raya Qurban. Sebut sahaja bab qurban pasti ramai yang terbayangkan suasana ibadah qurban berlangsung kan? Nak-nak lagi dapat daging yang fresh, fuhh memang sedap lah.
Tapi sedar tak anda, ramai di kalangan kita yang suka menjalankan ibadah qurban di luar negara. Anda pasti nak tahu kenapa kan? Ini antara sebabnya kenapa ramai yang gemar melakukan ibadah qurban di luar negara.
1. Harga Yang Lebih ‘Mampu Milik’
Jika anda perasan menjelang sahaja Hari Raya AidilAdha harga lembu dan kambing sudah semestinya tinggi dari hari biasa. Itu yang sering berlaku di Malaysia. Tak kisah lah sama ada lembu kecil mahupun berisi harga tetap tinggi. Tapi lain pula yang berlaku di luar negara. Harga bagi kambing dan lembu di sana jauh lebih mampu milik. Ini sedikit sebanyak menjadi punca kenapa ramai di antara umat Islam gemar melakukan ibadah qurban di sana.
Bab harga anda jangan risau, memang mampu milik. Seekor lembu berharga Rm2,030, 1 bahagian lembu Rm290 dan 1 ekor kambing bernilai Rm580
2. Membantu Umat Islam Di Luar Negara Yang Kurang Berkemampuan
Jangan anda tak tahu, jika seseorang itu melakukan qurban di luar negara yang bukan tempat asalnya ia sedikit sebanyak dapat membantu penduduk di tempat berkenaan menikmati juadah qurban dengan senyuman. Sebagai contoh di Indonesia, Bangladesh dan beberapa negara lain yang mempunyai penduduk yang kurang berkemampuan untuk menjalankan ibadah ini. Dengan adanya individu yang berkemampuan dan melakukan ibadah ini di tempat mereka, sedikit sebanyak mereka dapat melihat sendiri bagaimana ibadah qurban berlangsung selain bergotong-royong untuk memasak juadah.
3. Pengendali Yang Berpengalaman Luas Menganjurkan Program Qurban Di Luar Negara
Untuk melakukan ibadah qurban di luar negara anda semestinya harus mencari syarikat yang berpengalaman dalam mengendalikan hal ini. Jangan main terjah sahaja agensi yang mana ada. Siasat dahulu latar belakang syarikat berkenaan. Tapi jika anda memilih syarikat Zabeeh Services Sdn Bhd tidak mengapa, kerana selain berpengalaman hampir 11 tahun dalam melaksanakan Program Qurban di luar negara, mereka juga membuka peluang kepada anda untuk melakukan ibadah qurban di sana dengan harga yang mampu milik.
4. Mendapat Sijil Sebagai Pengesahan Pelaksanaan
Untuk memastikan ketelusan dan kesahihan ibadah qurban luar negara tersebut telah dilakukan, Zabeeh Services Sdn Bhd akan menghantar sijil pengesahan qurban kepada mereka yang menggunakan perkhidmatan mereka. Sijil ini merangkumi laporan tarikh dan tempat pelaksanaan ibadah qurban mereka.
5. Mudah, Cepat & Selesa
Dengan kecanggihan teknologi yang ada sekarang, anda boleh Whatsapp, email, telefon ataupun menghantar mesej di Facebook Zabeeh Services Sdn Bhd bagi anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan mereka.
Tetapi, tidak dinafikan melakukan ibadah qurban di tempat sendiri lebih baik dan lebih afdhal sekiranya anda mampu dengan harga yang ditawarkan. Sekiranya anda ingin melakukan ibadah qurban dengan harga yang mampu milik boleh sahaja lakukan di luar negara.
Yang pasti, semoga kita semua mendapat pahala dalam melakukan ibadah qurban yang dituntut di dalam Islam.