5 Sebab Kenapa Anda Kena Tonton I’m Not A Terrorist
Filem yang mengabungkan dua buah negara terbitan White Merpati Entertainment, I’M Not A Terrorist bakal ditayangkan mulai esok.
Ramai menjangkakan filem yang mengambil masa pengambaran selama 46 hari di Kuala Lumpur dan Kashmir, India ini bakal meletup dan mendapat sambutan.
Ini dia 5 sebab mengapa anda perlu tonton filem ini;
1. Chacha Maembong & Afiq Muiz Berlakon Dengan Pelakon Kuch Kuch Hota Hai
Fuh memang terbaik, bukan senang nak dapat peluang seperti ini. Namun dalam filem ini mereka berdua sangat bertuah kerana dapat berkerjasama dengan pelakon veteran Farida Jalal yang terkenal dengan watak ibu kepada Shah Rukh Khan dan beberapa barisan pelakon Bollywood yang juga dikenali di negara kita suatu masa dahulu.
2. Lokasi Pegambaran Yang Indah dan memukau
Sepanjang filem ini berlangsung, pasti anda akan terpukau melihat keindahan negeri Kashmir. Kalau nak tahu, di sini jugalah filem Bhaijaan Bajrangi lakonan Salman Khan dirakamkan.
3. Pengambaran Di Lokasi Yang Mencabar
Mungkin ada yang tidak tahu, mereka telah menjalankan pengambaran dibeberapa lokasi yang berisiko tinggi namun di atas kecekapan krew dan pelakon, mereka berjaya menamatkan pengambaran dengan selamat dalam masa 36 hari. Hebat bukan?
4. Dengar Afiq Muiz Bertutur Dalam Bahasa Hindi
Memang luar biasa dan tidak akan dapat tengok di mana-mana. Bayangkan Afiq Muiz yang kacak bertutur jelas dalam Bahasa Hindi. Menariknya, dalam sebuah program, Afiq memberitahu dia langsung tidak mengambil sebarang kelas sebaliknya hanya belajar dengan pengarah filem ini, Arjin Upal.
5. Filem Ini bernilai RM7 Juta!
Selain punyai barisan pelakon hebat dan lokasi pengambaran yang menakjubkan, gabungan krew dari dua buah negara juga memainkan peranan penting. Jadi tidak hairanlah mengapa filem ini menelan jumlah kos yang agak tinggi, namun apa yang boleh kami katakan kos ini sangat berbaloi kerana melalui trailernya sahaja kita dapat lihat hasil suntikan antarabangsa yang punyai kelasnya tersendiri.
Memang terbaiklah! Apapun kami tak sabar nak tunggu tayangan filem ini di pawagam! Sebelum itu, nah beberapa gambar dari sudutan filem I’m Not A Terrorist.
wow terbaik la
Ni bkn 1st filem usahasama dri Msia dan track rekod lalu mmg sukar sbnrnya nk bikin filem usahasama yg dpt sales box office. Kna plak dua2 plakon Msia ni bkn laa pasangan yg paling sensasi atau ada fan base yg besar yg dpt tarik mrk ke panggung! Bajet besar bukan jaminan sesebuah filem tu akan berjaya. Penonton wayang Msia ada citarasa mrk sndiri. Kalau x faham apa yg mrk suka tngk dan penerbit hanya syok sndiri risiko utk x pulang modal tu mmg tinggi. Majoriti penonton wayang ni anak2 muda yg x minat tonton filem2 bertema berat. Mungkin pengarah dan penerbit ni cuma nk kejar award2 di festival filem bkn nk buat filem komersil/popular utk pecah panggung.
Afiq Muiz? Hero x laku laaa dia tu..