fbpx

Biar kami berlaku jujur, menonton aksi Tom Cruise dalam filem pertama Jack Reacher beberapa tahun lalu cukup menyakinkan kami yang pelakon hebat ini tidak akan berhenti menjadi hebat dalam mana mana filem selepas itu.

Tekaan kami tepat dan dalam Jack Reacher: Never Go Back yang merupakan filem kedua dalam siri ini, Tom Cruise meneruskan legasi beliau sebagai seorang agen risikan yang telah bersara namun terpaksa berhadapan dengan konspirasi terhadap dirinya.

Ini 5 sebab kenapa orang ramai tidka harus berani cari pasal dengan Jack Reacher.

1. Jack Reacher is a serious business

giphy

Tengok sahaja wajahnya, terus teringat satu pepatah lama — kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi Jack Reacher. Minta dijauhkan.

2. Sifat mesra ke sifat ganas dalam 0.1 saat

giphy-1

Dalam sedutan trailer Jack Reacher: Never Go Back, karakter dibawakan Tom Cruise ini boleh jadi mesra untuk 0.1 saat sebelum menjadi badass yang pastinya digeruni semua.

Jangan cari pasal weh!

3. Gerak tangan super pantas & padu

giphy-2

Jack Reacher tidak akan berfikir dua kali untuk bertindak jika beliau tahu anda cuba cari pasal dan terbukti walau duduk bersebelahan dalam ruang sempit pun beliau mampu tundukkan musuh dalam sekelip mata. Fuh!

4. Pemanduan lasak dan pantas

giphy-3

Dalam filem pertama Jack Reacher, Tom Cruise dipuji hebat atas kebolehan beliau memandu aksi lagak ngeri melibatkan kenderaan laju dengan baik — cuba fikir bagaimana anda mahu lari jika beliau mampu memandu sehebat itu?

5. Bawa geng dan pistol bukan penyelesaian

giphy-4

Untuk Jack Reacher jika anda mahu berdepan dengan membawa senjata api mahupun kawan yang ramai, semua itu perkara mudah untuk ditangani. Sepantas kilat anda semua akan menyembah lantai atau cabut lari.

Okay jika semua sudah faham betapa hebatnya Jack Reacher atau Tom Cruise dalam filem terbaru ini, jangan lupa untuk tonton lebih banyak aksi badass beliau dalam Jack Reacher: Never Back Down yang akan menemui semua di pawagam seluruh Malaysia bermula 20 Oktober 2016 ini.