fbpx

Setiap yang berkeluarga ingin memberi yang terbaik buat pasangan dan anak-anak mereka. Mereka ingin agar anak membesar dalam keadaan yang baik dan selesa. Sempena tahun baru 2022 tentu ramai yang sedang mencari kediaman impian kan?

Pencarian sebuah kediaman impian perlulah dilakukan dengan teliti dan terancang agar anda tidak menyesal di kemudian hari yang mana anda boleh terdedah kepada pelbagai risiko seperti penipuan, tersalah beli rumah yang tidak mengikut spesifikasi dan sebagainya. Paling penting sekali, elakkan FOMO atau panik dalam membeli rumah tau! Sebab apabila anda sudah beli, sukar untuk undur kembali tau!

Jadi untuk tahun 2022 ini, ini formula yang anda perlu jadikan panduan dalam pembelian rumah atau kediaman yang anda inginkan. Ikuti juga pengalaman dari para pembeli agar dapat dijadikan panduan dalam membuat keputusan.

1. Adakah lokasi kediaman yang diinginkan adalah strategik?

Langkah pertama sebelum kita melangkah lebih jauh, perkara yang kita perlu beri penekanan adalah adalah kedudukan kediaman yang kita idamkan. Disebabkan rumah adalah tempat yang kita akan duduki dalam tempoh waktu yang lama, maka kita juga perlu berfikir panjang kerana ada banyak faktor perlu dibuat pertimbangan, antaranya:

  1. Jarak rumah dengan tempat kerja – Tentu dalam banyak-banyak perkara, jarak adalah faktor yang kita perlu ambil kira kerana ia berkait dengan kos tol, minyak dan yang paling penting adalah masa.
  2. Akses kepada kemudahan asas seperti pusat pendidikan, hospital, bank dan pusat membeli belah, lebuhraya – Setiap hari kita perlu bergerak dari satu titik ke satu titik yang lain, adakah berbaloi jika jarak pergerakan tersebut adalah jauh?
  3. Kawasan yang bebas dari bencana – Malaysia sememangnya beruntung kerana berada di luar Lingkaran Api Pasifik dan bebas dari terkena ancaman gunung berapi, ribut taufan dan sebagainya. Namun, krisis yang umumnya berlaku di Malaysia adalah banjir kilat serta banjir akibat Monsun Timur Laut dan Monsun Barat Daya. Justeru, fikir masak-masak sebelum memilih lokasi yang sesuai untuk dijadikan tempat tinggal. Jika anda perlu tinggal di kawasan berisiko bencana, pastikan anda mengambil insurans dan polisi perlindungan bencana untuk kemudahan pada masa hadapan.
  4. Kepadatan sebuah tempat – Sesetengah orang selesa berada di kawasan berpenduduk padat, manakala sesetengah yang lain lebih selesa berada di kawasan populasi penduduk lebih rendah seperti di pinggir bandar. Kedua-duanya ada pro dan kontra. Bagi kawasan bandar, meskipun penduduknya lebih padat, namun tawaran pekerjaan lebih tinggi dan kawasan lebih membangun. Bagi kawasan di pinggir bandar atau di kampung, suasana tentu lebih tenang dan damai, namun kurangnya peluang pekerjaan.

Perkongsian dari Puan Zurien, 29 tahun, pembeli Kediaman Bayu Sutera, Fasa 1

“Apabila saya ingin memilih rumah, apa yang saya tumpukan adalah fasiliti sekeliling di kawasan kediaman saya. Itulah sebab saya ambil keputusan untuk memilih kediaman Bayu Sutera. Ini kerana, kawasan ini memiliki kemudahan yang baik dan banyak memudahkan urusan saya. Akses yang sangat mudah untuk saya beli barangan keperluan kerana lokasi kediaman saya berdekatan dengan pusat membeli belah seperti AEON dan TESCO, stesen minyak, lebuhraya, sekolah, hospital dan sebagainya. Kawasan yang agak terancang dan tersusun ini menjadi faktor penarik utama bagi saya yang bekerja untuk memiliki kediaman di sini.”

2. Adakah reputasi pemaju meyakinkan?

Soalan ini merupakan soalan penting untuk untuk dijawab sebelum anda membeli rumah kerana tidak sedikit sebenarnya rumah yang terbengkalai, rosak akibat pemaju yang tidak bertanggungjawab. Sering kali kita dengar di dada akhbar atau laporan di televisyen terhadap pemaju yang. Justeru, agar tidak menyesal di kemudian hari, pertama sekali apabila anda sudah berkenan akan sebuah rumah yang anda inginkan, apa kata anda periksa dulu pemaju rumah tersebut. Agar kita tidak menjadi salah satu mangsa penipuan mereka yang tidak bermoral.

Perkongsian dari En. Noor Hayath, 33 tahun, pembeli Kediaman Bayu Sutera, Fasa 1

“Untuk saya, sebelum beli kediaman sangat penting untuk kita mengenali pihak pemaju. Berdasarkan pengalaman rakan-rakan yang saya dapat ambil iktibar, mereka sangat menekankan kediaman yang dibina oleh pemaju yang diyakini dan sudah ada rekod yang baik. Sebab ada sahaja pemaju yang tidak bertanggungjawab dengan membina produk yang tidak berkualiti.”

“Setelah saya buat sedikit research, pada pengalaman saya, Pemaju Matrix Concepts cukup meyakinkan sehingga pernah mendapat anugerah Top 10 Property Developers in Malaysia. Cukup untuk membuatkan saya tidak rasa ragu-ragu untuk membeli kediaman Bayu Sutera bagi keluarga saya. InsyaAllah tak lama lagi kami akan dapat kunci, saya dan isteri tak sabar nak hias rumah macam orang lain.” Tambah beliau.

3. Adakah persekitaran sekeliling memberi ketenangan?

Disebabkan rumah adalah pelaburan kita untuk satu tempoh yang panjang, tentunya bukan semata-mata fizikal rumah sahaja yang perlu diberi penekanan. Antara perkara yang kita perlu beri penekanan ialah faktor keselamatan yang mana kita tidak perlu risau dari risiko ancaman jenayah yang boleh berlaku dan suasana sekeliling yang mendamaikan menjadikan sejuk mata memandang. Ketenangan persekitaran sekeliling juga turut dipengaruhi faktor kelestarian, yang mana jika anda inginkan lebih ketenangan, elakkan berada di kawasan seperti kawasan kilang perindustrian yang boleh menyebabkan pencemaran bau, bunyi dan sebagainya.

Fasiliti yang disediakan juga boleh menjadikan sesuatu tempat itu lebih ideal untuk diduduki dan menghadirkan aspek privasi. Jika sesebuah tempat tinggal itu menawarkan fasiliti yang lebih eksklusif dan privasi, maka itu adalah satu ‘bonus’ untuk anda pilih dan buat pertimbangan.

Perkongsian dari Hazwani Bahari , 26 tahun, pembeli Kediaman Bayu Sutera, Fasa 1

“Sebagai ibu yang membesarkan anak, saya rasa satu keperluan untuk mencari kediaman yang selamat dan aman untuk anak dan ahli keluarga. Sebab itu antara faktor utama yang saya tekankan dalam pemilihan rumah adalah suasana tempat tinggal yang kondusif. So far, apa yang boleh saya cakap saya amat puas hati dengan manfaat yang saya dapat sebagai pembeli Bayu Sutera dan sekarang memenuhi apa yang saya inginkan untuk keluarga saya.”

“Tidak melampau jika saya katakan, suasana perumahan yang saya duduki menawarkan “elemen eksklusiviti”. Elemen eksklusiviti itu hadir dengan fasiliti serta kemudahan yang ditawarkan di clubhouse yang sesuai untuk aktiviti keluarga seperti gimnasium, kolam renang, badminton, tennis, squash courts, Cineplex, ruang kanak-kanak, bilik membaca dan Snooker room. Suami dan anak saya kerap ke Clubhouse yang mana ia merupakan antara satu kemudahan yang ditawarkan di sini dan mereka dapat meluangkan masa bersama-sama.”

“Bukan itu sahaja, kemudahan taman rekreasi di Bayu Sutera ini, sangat memudahkan kami menyebabkan kami tak perlu keluar dari ke tempat rekreasi lain yang mana ia akan memakan masa yang cukup lama dan jauh. Tak sampai 5 minit kami dah sampai ke taman permainan di Bayu Sutera ini. Bila dah jimat masa untuk berjalan jauh, kami dapat peruntukan masa yang lebih untuk anak kami.”

4. Adakah spesifikasi dan reka bentuk cantik dan memuaskan?

Sekarang kita sudah memasuki ke bahagian fizikal rumah. Dalam aspek pemilihan rumah, spesifikasi rumah yang anda pilih perlu bergantung kepada beberapa aspek iaitu :

  1. Jumlah bilangan isi rumah – Sedikit atau ramai
  2. Jenis isi rumah – Golongan dewasa, kanak-kanak, golongan orang tua
  3. Reka Bentuk rumah – Faktor pencahayaan, saiz dan keluasan rumah, bentuk rumah

Berdasarkan faktor-faktor ini pilihlah rumah yang bersesuaian mengikut kemahuan dan keperluan anda.

Perkongsian dari Encik Ruzali & Isteri, pasangan kepada 4 orang anak, pembeli kediaman Bayu Sutera, Fasa 1

“Sebelum ini saya dan isteri menyewa di Taman Arowana Indah, Seremban 2. Pada suatu hari saya dibawa oleh ejen untuk buat first tour rumah Bayu Sutera dan apa yang kami nampak semasa mula-mula ke sini, kawasan dari luar rumah pun kami sudah sangat selesa. Isteri saya pula suka dengan dengan rekaan rumah yang ringkas namun tampak mewah.”

“Antara ciri-ciri spesifikasi yang ada di kediaman kami ini adalah ia merupakan kediaman dua tingkat dengan ruang yang luas. Anak kami 4 orang, jadi rumah yang kami beli ini, dilihat mampu memuatkan kami berenam. Kami memang memerlukan ruang yang lebih luas kerana anak-anak pun telah besar dan bersekolah. Seorang lagi bakal masuk sekolah menengah. Cadangan kami, kami nak hantar anak-anak sekolah berdekatan sini sahaja agar mudah untuk kami ambil dan hantar.”

“Rumah saya sedang dibina oleh pemaju, dan kami rancang untuk bawa tema ‘scandinavian’ untuk kami hias kediaman rumah kami ini dengan konsep moden & eksklusif.” Tambah beliau.

5. Adakah rumah ini satu kehendak atau keperluan?

Sebelum kita membeli rumah, tanya diri kita adakah rumah yang kita beli ini kehendak atau keperluan? Pelaburan untuk rumah adalah pelaburan yang akan kita laburkan dalam tempoh waktu yang lama. Justeru, ini perkara yang perlu kita fikirkan sebelum membuat pertimbangan yang sewajarnya. Iaitu membeli rumah mengikut kemampuan kita.

Ada rumah yang cantik, besar dan mempunyai kolam, namun jika masih bujang ia masih bukan satu keperluan utama untuk anda. Dalam masa yang sama, ukuran sebuah rumah yang bagus, bukan patut diukur dari harga yang minimum, namun dari sudut bagaimana kita mampu mengoptimumkan ia.

Perkongsian dari Puan Shania, 23 tahun, pembeli kediaman Bayu Sutera, Fasa 1

Shania, baru berumur 23 tahun dan sudah memiliki rumah yang dibeli di Bayu Sutera berkata, “Sebelum beli rumah ini, saya dah buat kira-kira dengan lebih mendalam untuk membeli kediaman ini. Setelah berbincang dengan orang sekeliling mengenai rumah Bayu Sutera ini, mereka bersetuju untuk saya membeli rumah yang ditawarkan kerana ianya sangat berpatutan dengan segala spesifikasi yang ditawarkan. Saya memilih Bayu Sutera sebagai pilihan disebabkan harga yang mampu milik namun dalam masa yang sama menawarkan reka bentuk rumah yang moden dan kena dengan citarasa saya.”

Setiap orang mempunyai keperluan dan kehendak yang berbeza untuk kediaman mereka. Tidak ada ciri rumah yang sempurna untuk semua orang, namun kita semua boleh menjadikan rumah itu sempurna. Jangan lupa teliti faktor-faktor di atas sebelum membuat keputusan membeli rumah kediaman anda.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kediaman Bayu Sutera dari pemaju Matrix Concepts ada boleh daftar minat anda di pautan Bayu Sutera ini untuk mendapatkan lebih lagi maklumat dan konsultasi percuma sebelum anda membuat keputusan pembelian.