fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.131)

Tahukah anda, esok malam Christina Perri akan menghiburkan para peminat beliau buat pertama kali di Malaysia & konsert solo beliau mengambil tempat di KL Live. Belum ada tiket? Beli. Cepat. Sekarang. – Ticket Pro (sponsored)

Pernah menjadi bahan bualan kerana memiliki badan berisi, Kelly Clarkson baru baru ini tampil dengan figura lebih menarik tetapi tetap berkata yang beliau tidak pernah bermimpi untuk kurus seperti model. – People

Sebuah stesen radio New York mengeluarkan lagu Starships nyanyian Nicki Minaj daripada carta lagu mereka & gelarkan lagu tersebut sebagai mengarut dna tidak masuk akal. Nicki Minaj sentap & merajuk ala Azwan Ali. – TMZ

Menurut Shila Amzah, harga petrol naik setiap tahun & tidak ada sebab kenapa harga penyanyi tidak boleh di’naikkan. Kini anda perlu membayar lebih untuk melihat penyanyi kesayangan anda beraksi. Bagus. – mStar Online

Kerana kami malas untuk lakukan sendiri, ini kompilasi fesyen selebriti Hollywood di acara karpet merah MTV Movie Awards 2012 yang berlangsung kelmarin. Ini termasuk Ellie Kamper (gambar) yang memakai baju seakan kain langsir. – Buzz Feed

VIDEO HARI INI: Mahu dengar Barack Obama menyanyi lagi? Kali ini dengan bantuan teknologi & juga internet yang tiada batasan, Presiden USA itu menyanyikan lagu Call Me Maybe.