fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.130)

Pernah di’kaitkan dengan isu percintaan sejenis sebelum ini, Adira anggap peluang berlakon watak pengkid dalam siri Tanah Kubur sebagai satu percubaan beliau dalam lakonan. – Murai

MTV Movie Awards 2012 telah pun selamat berlangsung dengan meriah semalam & ini senarai penerima anugerah jika anda peduli. Tiada apa yang mengejutkan & istimewa dengan edisi kali ini. Hmm. – MTV

Masih kena dengan tema MTV Movie Awards, Jean Claude Van Damme ketika acara karpet merah telah hadir bersama anak perempuan beliau yang kini berusia 21 tahun dan juga sebenarnya aktif berlakon. – Blog Serius

Siti televisyen yang berjaya mengumpul peminat tersendiri, Spartacus di’sahkan bakal tamat pada musim ketiga yang akan datang. Pencipta siri TV popular ini, Steven S. DeKnight menjanjikan sesuatu yang hebat buat peminat. – EW

Bintang Harry Potter, Emma Watson (gambar) bakal keluar dengan sebuah filem terbaru dengan watak utama iaitu Perks Of Being A Wallflower. Trailer untuk filem ini sudah keluar ketika MTV Movie Awards 2012 semalam. – The Wire

VIDEO HARI INI: Siapa bersama kami yang tidak sabar untuk nantikan filem The Dark Knight Rises tayangan Julai 2012 nanti? Di MTV Movie Awards, video epik ini di’tayangkan.