fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.120)

Kalau anda belum tahu, penyanyi Robin Gibb yang juga merupakan salah seorang pengasas kumpulan Bee Gees telah pergi meninggalkan kita semua awal hari semalam pada usia 62 tahun. RIP. – Chicago Tribune

Walaupun status konsert Lady Gaga masih menjadi tanda tanya, peralatan muzik penyanyi popular itu sudah tiba di bumi Indonesia dan pihak penganjur tetap meneruskan persiapan untuk menghadapi kemungkinan terbaik. – Kapan Lagi

Soalan serius, boleh anda bayangkan dunia muzik tanpa penyanyi bernama Justin Bieber? Penyanyi itu mengakui yang beliau beberapa kali sebelum terfikir untuk berhenti untuk terus terlibat dalam dunia muzik. Oh why not. – Celebuzz

Siapa di’sini peminat siri televisyen Hollywood? Rotikaya HQ boleh hilang berjam jam produktiviti dengan The Big Bang Theory, Community, Game of Thrones, & House. Ini senarai siri TV paling banyak muat turun, sah atau tidak sah. – Buzz Feed

Rasanya semua sudah tahu yang ayahanda Facebook, Mark Zuckerberg (gambar) baru sahaja melangsungkan perkahwinan selepas sah bergelar billionaire dan menurut jiran beliau, lagu lagu dengan mendiang Michael Jackson berkumandang sepanjang resepsi perkahwinan. – TMZ

VIDEO HARI INI: Kami tidak pernah jadi peminat tegar James Bond sebelum ini tetapi trailer pendek untuk filem terbaru, Skyfall ini boleh mengubah keadaan. Looking good, Mr.Bond.