fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.119)

Sedang peminat hiburan tertanya tanya akan reaksi balas Fizz Fairuz akan kenyataan Almy Nadia tentang hubungan cinta mereka, pelakon itu nampaknya mengambil pendekatan melarikan diri. Lebih kurang. – mStar Online

Walapun jodoh mereka tidak panjang namun nampaknya itu tidak menghalang perkara ini daripada berlaku. Kris Dayanti bakal menyanyi di’majlis resepsi perkahwinan Anang Hermansyah & Syahrini. Awkward. – Kapan Lagi

Kenapa semua lokasi yang bakal di’kunjungi Lady Gaga untuk konsert menerima bantahan yang bukan alang alang. Yang ini kisah di Manila, Filipina & pengajur mengatakan yang konsert akan tetap di’teruskan. – Malaya

Bintang filem aksi, Jackie Chan mengumumkan yang beliau bakal bersara dari melakonkan watak dalam filem aksi dan filem Chinese Zodiac selepas ini merupakan yang terakhir. Anda tetap lagenda di’hati kami. – Times of India

Pelakon juga model yang popular kerana comel dalam drama bersiri Full House (2004), Song Hye-Kyo (gambar) telah kelihatan dengan imej berlainan dan ada spekulasi yang mengatakan beliau telah gemuk. – Soompi

VIDEO HARI INI: Kami peminat Ellen DeGeneres dan program bual bicara beliau, Ellen bakal memasuki episod ke 1,500 — dan ini kompilasi memori terindah 1,499 episod sebelum ini.