41 Mangsa Pelaburan Lavida Coin Tuntut RM59 Juta Daripada Vida
Seramai 41 mangsa merupakan pelabur mata wang kripto milik Datuk Seri Vida iaitu Lavida Coin menuntut kerugian berjumlah RM59 juta daripada usahawan kosmetik itu.
Memetik mStar Online, kesemua mangsa membuat tuntutan mendakwa wang pelaburan dan keuntungan yang dijanjikan tidak dipulangkan sejak lima tahun lalu.
BACA: Takut Mati Sebab Potong Usus, DSV Batalkan Di Saat Akhir
Susulan itu, kesemua mangsa memfailkan writ saman terhadap Vida di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bersama tiga lagi rakan kongsinya.
Menurut peguam Mohammad Izwan Azmi yang mewakili kesemua plaintif, writ saman dan tuntutan telah diberikan kepada Vida di Empire Beauty DSV, Angsana Mall, Ipoh, Perak pada 15 Disember 2022.
“Pada Ogos 2018, mangsa membuat pindahan wang ke syarikat-syarikat milik Vida dan menurut representasi oleh pihak defendan iaitu Vida dan lain-lain mendakwa Lavida Coin adalah sah dari segi undang-undang, ada kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Bank Negara dan agensi lain.
“Namun menariknya, pada 29 Ogos 2019, SC mengumumkan Lavida Coin dimasukkan ke dalam senarai amaran pelanggan agar tidak membuat pelaburan.
“Sehubungan itu, jika Vida gagal membuat bayaran kemungkinan tindakan akan diteruskan termasuk muflis selain rumah dan harta di sita,” katanya.
Sementara itu, peguam plaintif memaklumkan writ saman dan pernyataan tuntutan tersebut terpaksa diiklankan di akhbar Berita Harian bertarikh 10 Februari 2023 disebabkan tak dapat serahkan kepada tiga lagi defendan lain.
- SUMBER
- mstar Online
Kripto ni illegal kt Msia cmne krjn x tngkp si DSV and the gang yg buat benda ni?! Sibuk nk tngkp lawan politik tp penjenayah sebenar dibiar berleluasa?! Apa nk jd dgn Msia ni???
Aduhh…berkali kali tampaq pipi tapi masih tak percaya DSV buat kerja-kerja mcm ni. Jika dia benar mohon dia selesaikan dengan baik.
Xnk komen bab Vida..dia nak untung mmg la mcm2 taktik dan teknik dia guna..cuma hairan psl mangsa yg terpedaya..napala sanggup beli benda2 yg x boleh dipercayai mcm ni? Klau nak sgt untung, invest la dgn pihak yg bertauliah dan dipercayai?
geng2 tamak mmg ni la makannya
#Sungguh Tak Sangka, aku tampaq pipi aku berkali2 hairan bin pelik kenape ko tak sangka dan masih tak percaya mokcik tu buat keja spt ini. Sungguh aku tak sangka pemikiran ko takleh sampai ketahap ‘sangka ‘ pd perkara yg mudah diproses oleh minda yg sederhana tak perlu cerdik. Utk pengetahuan ko banyak lg selitberiti, founder, jutawan sensasi yg ko nanti akan tak sangka jugak. Mudah sangat nak tahu, tanya saje apakebendenya yg dorang jual? Air lior je dibantu oleh blog buat propa. Sumer perniagaan kelabu yg selitberiti bawak ada towkay yg korang x nampak dibelakang. Jgn kata penipu atau scammer yg bijak, sebenarnya mangsa yg layu cerdik melebihi dari scammer yg sedikit je pandai. Nak selamat senang je. Jgn dengar ngat cakap org suruh berfikir positif. Dlm apa2 perniagaan kelabu spt ni fikir negatif serta bersangka tanda tanya ( ??? ) Pasti selamat dan tak terperanjat. Jgn terpengaruh dgn propa pemilik perniagaan beli bangelo utk isteri RM5 juta, beli keta mewah Felari utk suami, bawak bangla potong rumput bercuti luar negara, hadiah kpd adik ipar sepupu bibik tas tangan jenama Gusi. Ayat SOP retis 1mesia ( boleh teka tak? kalu x boleh x perlu terus baca ) ” bukan riak tp nak beri inspirasi kpd org diluar sana berusaha supaya berjaya mcm dia “…Kurangkan baca kisah retis. Nanti boleh cakap, aku dah agak dah. Orang putih punya phrase yg selalu digunakan ” I told you so, you turd “
Anything coming from her is NO good.
Masih teringat dia nak offer nak bayar Aisyah dengan matawang hangguk dia.
Nak taja sekolah agama. Pastu suruh cikgu & murid jual product sampah timbang kilo dia.
Jual jus delima je. Harga Yahudi nokharom yg jus content penuh gula.
Jual product putih. Anak dia masih tak puteh.
Jual product Kurus. Size anak dia masih macam tu
Jual kejadah kerepek salmon skin. Harga Yahudi. Tengok sekarang berapa harga kerepek salmon skin sekarang tak sampai rm20.
Jual barang kemas macam besar gedabak taste untuk Sakai – Sakai. Taste kelaut.
Nasib baik aku tak pernah beli satu pun product dia ni. Adakah ada element cuci Wang haram ?? Wallahualam.
Kifarah is REAL.
Scammer is REAL.
Mungkin kerajaan perlu gubal undang2 DASM ( Discrimination Against Dense Mind ) dimana individu individu yg ditipu boleh didakwa dimahkmah dgn hukuman penjara kerana membenarkan secara sukarela ditipu hasil kecetekan fikiran yg membawa kerugian kewangan. Bila ramai pelabur pelabur blur dihadapkan kemahkamah pasti ramai pelabur baru mahu gunakan fikiran waras dulu sebelum melabur krn takut masuk jel akibat kebodohan sendiri. Perniaga skim kelabu pun jadi tak laku sbb pelabur bukan saje takut masuk jel malah terpaksa tanggung malu jika didapati bodoh.
Minah minah tudung ..makcik tudung sayang sangat kat Vavi ni .
Vavi ni scammer … Hidup dia makan hasil timbang kilo haram … Bani putih sayang sgt kat scammer ni
Setuju tang kene pandai kalo melabur, melainkn pelabur pun scammer nak halalkn duit cepatkn
teringin nak komen utk kali ini. benda ni berlaku 2018. masa ni DSv buat live/ video seru ramai2 anak melayu sertai bitcoin yg diasaskannya yg katanya dia tahu 1 hr nti anak2 melayu akan kaya raya. masa thn tersebut beliau sudah masuk jumpa bank cuma kalau x silap waktu itu DSV cakap masih tdk dapat kerjasama dr bank negara kerana msia masih belum keluarkan lesen utk pengusaha bitcoin. kalau la masih ada video2 tersebut blh jadi bukti manusia ini tamak. tiba2 tidak mengaku perkara yg beliau sndri cakap/rayu org2 melayu menyertai bitcoin yg di asaskan beliau. rasanya bukan 41 org sahaja malahan ramai dr itu tp mgkin kami2 ini setakat labur di bawah rm500, maka tdk tramai yg tahu rupanya mereka masih menuntut hak mereka. saya tidak halalkan dunia akhirat atas kezaliman DSV ini.
@Eden Terkono, nape ko tak tanya diri sendiri mokcik Bida kluster budu ni nak meniaga crypto currency pulak? Ko pun tahu dia jual obat puteh, nak sponsor kelab bolasepak kelate, nak sponsor sekolah tahfiz, ada hantu sihir kat pokok pisang, jam 2 pg gi umah IQBebal, cucuk bibir jd mcm bibir unta, pastu nak main crypto lak? Dia sendiri pun tak tahu apakejadah menatangnya crpyto tu. Napelah ko ni ringan ngat akai?