4 Hari Ditayangkan, Filem Munafik Raih RM2.3 Juta
Baru sahaja empat hari memulakan tayangan, filem seram arahan Syamsul Yusof, Munafik berjaya mencatat kutipan RM2.3 juta malah dalam masa yang sama turut mendapat reaksi positif bukan sahaja dari penonton dan juga pengkritik filem.
BACA: Syamsul Yusof Nazar Tunaikan Haji Selepas Dapat Zuriat
“Tidak dinafikan, promosi dari mulut ke mulut antara faktor filem ini menjadi tarikan kepada penggemar karya genre seram. Boleh dikatakan, hampir semua penonton memberikan maklum balas positif terhadap garapan terbaharu Syamsul ini”
“Saya juga tidak menjangka, filem ini berjaya di Brunei dan Singapura. Peminat di sana menyukai elemen Islamik yang diterapkan dalam naskhah berkenaan. Lebih-lebih lagi Munafik terpelihara dari segi aurat yang tidak menyajikan adegan bersentuhan antara lelaki dan wanita,” memetik kenyataanya kepada BH Online.
Filem yang berunsurkan keagamaan ini menampilkan bintang seperti Nabila Huda, Fizz Fairuz, Sabrina Ali, Pekin Ibrahim, A Galak dan Syamsul sendiri dan kini ditayangkan di 112 pawagam di seluruh negara, termasuk Brunei dan Singapura. (rtky/s)
cerita munafik ni mmg sangat sangat best. tak rugi langsung pergi tgk cerita ni. banyak pengajaran yg diterapkan dlm filem ni. 5 bintang..
filem ini patut menjadi contoh kpd produser2 filem lain yg menekankan elemen islamik dlm pembikinan filem ni dan masih mendapat sokongan penonton. Tak perlu sangat nak menarik perhatian umum dgn menonjolkan bibik2 bersentuhan di antara lelaki dan perempuan yg bukan muhrim seperti di tonjol dlm drama astro Isteri Vs Tunang. Tengok bibik2 intimasi antara pelakon hero dan heroine yg masing2 sudah berumahtangga dan beragama islam lagi aduhai seram benar.
Bibit2 lah. Bibik2 pebenda
filem ni mmg bagus & best sgt. bnyk menerapkan pasal islam, ilmu pengetahuan, ada jgk guna bhsa arab. takde byk part nk sentuh2 bagai. watak wanita dlm tu pun bertudung, wlpn d dlm rmh. everyone really should watch this. tahniah kpd smua yg tlh membantu menjayakan filem ni.
Part-time job. Copy n Paste link to register for free http://vacantsurvey.com/?p=68669
Bagus….Karya filem seram terHEBAT….Pengajaran ada,Seram dah tentu ada…Kalahkan kutipan EVO si Astro tuuu
sejak balik umrah syamsul dan isteri makin menuju ke arah kebaikkan. Alhamdulillah. memang best sangat cerita munafik ni lain daripada yg lain part nabila huda jawab talipon pekin tu tergantung kek atas tu seram. ish seram lah cerita ni. good job syamsul.
I luv U…Syamsul n
Sarah
Film ni overall best tpi ada part tu saya kurang puas sebab missing..Apa yg terjdi kpd isteri pak Osman? Some part yg bhsa arabic tu takde subtitle, saye mau tahu jugak. Dan part pertanyaan oleh maria(nabilah huda) yg “mengapa Allah guna perkataan Kmi dlm Al Quran belum di jawap- dan saye cri jugak jawapan dlm internet dh Alhamdulillah.
Dan Saye cuma dpt rate 6.5/10.. Hopefully nanti filem horror buat lg cmni tpi more happy ending dan takde yg missing or tergantung2. Overall I really like it though.
Pengajaran terbaik dari cerita ni
YAKIN PADA ALLAH TANPA ADA WAS WAS..
First time saya tgk cerita paling banyak saya berzikir dan baca ayat qursi dlm panggung..byk pahala dpt kat producer..??