fbpx

Hantar Gambar Gaya Anda Dan Menangi Baucer Levi’s® Bernilai RM200

Jika anda teruja dengan koleksi Levi’s® Curve ID yang kami paparkan sebelum ini, kini tiba masanya untuk anda menyertai Peraduan Gaya Levi’s® Anda eksklusif di Rotikaya.

Caranya mudah sahaja kerana kami mahukan anda memenangi baucer eksklusif daripada Levi’s® ini supaya dapat anda belanja untuk sepasang jeans idaman anda dari koleksi Levi’s® Curve ID.

Mungkin Aidilfitri anda tahun ini bakal lebih bergaya dengan sepasang jeans khas untuk personaliti anda daripada Levi’s® Curve ID.

Peraduan Gaya Levi’s® Anda

Langkah 1: Rakamkan gambar gaya terbaik anda dalam persalinan seluar jeans Levi’s® kegemaran anda yang sedia ada dalam almari.

Langkah 2: Hantarkan gambar anda dalam saiz apa pun ke [email protected] beserta butiran diri anda iaitu nama, nombor telefon & alamat untuk kami hubungi anda kelak.

Langkah 3: Pastikan e-mail anda bertajuk ‘Ini Gaya Levi’s® Saya & Saya Mahu Menang‘ untuk memudahkan pemilihan pemenang.

Hadiah Untuk Anda: Setiap minggu untuk 5 minggu berturut turut, Levi’s® akan memilih seorang pemenang dengan gaya terbaik untuk memenangi RM200 baucer Levi’s®.

Pemenang akan di’umumkan setiap minggu dan adalah yang terbaik untuk anda jika anda mula ikuti kemaskini laman sosial Levi’s® di facebook.com/levis dan Twitter (@LevisMY). Layari maklumat lanjut berkaitan Levi’s® Curve ID melalui www.levi.com.my