Okay. Ya. Okay. Ya, kami tahu itu duit beliau dan tidak ada sedikit cacat pun hak beliau untuk belanja ke arah mana yang di’sukai. Namun gossip tetap gossip.

Selebriti yang di’taja orang kenamaan atau VIP bukan satu perkara baru dalam industri hiburan. Namun siapa yang mahu mengaku yang hidup’nya bergantung atas orang lain.


Seorang selebriti wanita baru baru ini hebat di’kaitkan dengan seorang VIP tetapi kedua dua pihak menafikan mereka pernah berhubungan apatah lagi menjalani kehidupan terlarang.

Salah seorang pekerja di butik pakaian mewah berjenama V datang bercerita tentang perihal selebriti ini yang tidak pernah teragak melaburkan wang untuk fesyen.

Dua hari sebelum berlangsung’nya majlis anugerah di Genting Highlands tempoh hari, pekerja butik ini menerima arahan untuk menutup operasi selama beberapa jam untuk kunjungan VIP.

Agak terkejut pekerja butik ini bersama pengurus’nya apabila selebriti ini yang melangkah masuk dengan beberapa orang pengawal peribadi ke butik mewah di tengah Kuala Lumpur itu.

Selebriti itu di’khabarkan meninggalkan butik dengan sehelai persalinan pilihan berharga RM28,000 yang di’bayar dengan tunai, di’bawa oleh salah seorang pengawal beliau. Macam pergi beli topup. Heh.