Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, menetapkan 25 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes perceraian pengarah sensasi, Syamsul Yusof dan Ira Kazar.
Memetik Harian Metro, Hakim Maizatul Aliza Chee Din bersetuju dengan tarikh yang ditetapkan peguam diwakili Syamsul, Azmi Mohd Rais.
BACA: “Syamsul Sedia Lepaskan Ira Kazar Hari Ini” -Peguam
“Saya mengumumkan 25 September 2024 jam 3 petang adalah tarikh sebutan baharu,” katanya.
Terdahulu, peguam mewakili Syamsul memaklumkan pengarah itu sedia untuk melepaskan isterinya, Ira hari ini.
Bagaimanapun, prosiding perceraiannya ditangguhkan berikutan Ira dimaklumkan baru melantik peguam untuk mewakilinya dalam proses cerai itu.
Pada 19 Ogos, Azmi mengesahkan Syamsul Yusof telah memfailkan cerai terhadap isterinya kerana tidak lagi mempunyai persefahaman.
SUMBER: Harian Metro