Rita Rudaini Bakal Kemuka Bantahan Ke Atas Tuntutan Aidil ZafuanHari ini sepatutnya berlangsung prosiding untuk mendengar kenyataan balas daripada pihak Rita Rudaini berhubung tuntutan Aidil Zafuan untuk berpindah rumah.

Aidil Zafuan mengemukakan tuntutan supaya Rita Rudaini dan anak anak berpindah ke rumah beliau di USJ 1 pada 16 Mei 2012 yang lalu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling.

Dalam prosiding ringkas pagi tadi, Aidil Zafuan telah gagal untuk hadir dan Rita Rudaini melalui peguam meminta tarikh baru untuk mengemukakan bantahan awal.

Peguam syarie Rita Rudaini, Datuk Mohd. Zaidi Md. Zain memaklumkan kepada media selepas prosiding tamat bahawa mereka akan memberikan alasan kenapa tuntutan Aidil Zafuan perlu di’batalkan pada prosiding akan datang.

Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad menetapkan 9 Julai 2012 sebagai tarikh baru untuk pihak Rita Rudaini mengemukakan bantahan awal.