19 Tahun Kahwin, Aaron Aziz Puji Isteri Tak Pernah Tinggi Suara Atau Cakap Kesat
Baru-baru ini, pelakon Datuk Aaron Aziz ada memuat naik satu perkongsian menitip ucapan istimewa buat isteri tercinta, Datin Diyana Halik.
Menerusi entri itu, Aaron turut memuat naik video koleksi gambar bersama isterinya sempena ulang tahun perkahwinan mereka ke-19 tahun.
BACA: Gigi Patah, Aaron Aziz Dipuji Masih Kacak Walaupun Rongak
Aaron turut meluahkan rasa syukur dijodohkan dengan Diyana serta menyifatkan biadarinya itu seorang yang penyayang dan lemah lembut.
Malah, Aaron berkata isterinya juga tidak pernah meninggikan suara dan mengeluarkan kata-kata kesat selama 19 tahun hidup berumah tangga.
“TabarakALLAH. Alhamdulillah segala puji bagi MU ya ALLAH jodoh kan saya hamba mu yang bersama Diyana Halik.
“Seorang isteri dan ibu yang sangat penyayang, lemah lembut dan tak pernah selama 19 tahun sebagai suami isteri dia tinggi suara atau keluar kata-kata kesat. Thank you Dar for loving me,” tulisnya.
Perkongsian Aaron itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendoakan agar rumah tangga pasangan itu dirahmati dan kekal hingga ke akhir hayat.
- SUMBER
- Cari Forum
sebab tak makan hati. semua cukup luar dalam. siapa je nak jd mcm orang gila nk ckp kesat tu semua hahhaha
ya, elok lakinya, elokle bininya
ya, elok bininya, elokle lakinya
Untung la macam tu. Hubungan elok harus kekal sampai bila2
Laki dulu yg kena elok baru bini ikut. Laki pemimpin, bini menurut perintah aje kalau pemimpin elok. Cukup makan pakai tempat duduk belaka. Sume pun boleh jadi bidadari.
Bioleh dijadikan satu example untuk artis2 malaysia