Baru-baru ini penyanyi lagenda negara, Aishah dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza musim ke-4 menewaskan 5 penyanyi hebat yang lain.
Mesti ramai yang rindu nak dengar lagu-lagu popular nyanyian Aishah seperti ‘Janji Manismu’, ‘Camar Yang Pulang’ dan banyak lagi.
Tapi ramai yang tidak tahu siapa sebenarnya Aishah walaupun penyanyi ini sudah lama berkecimpung dalam industri seni tanah air.
1. Nama sebenar Wan Aishah Wan Ariffin berasal dari Jempol, Negeri Sembilan
Mula terlibat dalam dunia nyanyian pada tahun 1983 selepas memenangi satu pertandingan talent time. Pernah merakam lagu bersama penyanyi Malek Ridzuan, kemunculan Aishah ketika itu tidak meninggalkan impak yang besar.
2. Pernah menggunakan nama Natasha Aminah
Ini mesti ramai yang tidak tahu. Satu ketika dahulu, Aishah pernah menggunakan nama samaran Natasha Aminah kerana bimbang pembabitannya dalam bidang muzik diketahui bapanya.
3. Berkelulusan dalam bidang Pendidikan Kanak-Kanak & Sains Politik
Aishah kemudian melanjutkan pelajaran di University of Auckland, New Zealand dan memiliki kelulusan dalam bidang Pendidikan Kanak-Kanak dan Sains Politik.
4. Pernah menganggotai kumpulan The Fan Club
Di New Zealand, Aishah menganggotai kumpulan The Fan Club sebagai vokalis, yang turut dianggotai penerbit dan pengkritik muzik, Paul Moss, sebagai pemain gitar.
5. Mempunyai dua album bahasa Inggeris
Bersama The Fan Club, Aishah melahirkan dua album iaitu Sensation (1988) dan Respect The Beat (1989).
6. Lagu nyanyiannya pernah menduduki carta Billboard 100
Fenomena yang dicipta The Fan Club ketika itu cukup luar biasa, dan single “Dont Let Me Fall Alone” pernah menduduki carta Billboard 100 di Amerika Syarikat, selain pernah dinobatkan sebagai Artist of the Year dalam majlis penganugerahan New Zealand Music Awards.
7. Rakam album bahasa Melayu pada tahun 1990
Aishah kembali ke Malaysia pada tahun 1990 dan merakamkan album berbahasa Melayu pertamanya terbitan Allahyarham Adnan Abu Hassan.
8. Lagu popular “Janji Manismu”, “Camar Yang Pulang”, “Bahtera Merdeka”
Album berjudul Aishah itu meletup dengan beberapa buah lagu seperti “Janji Manismu”, “Camar Yang Pulang”, “Bahtera Merdeka” dan “Syurga di Telapak Kaki Ibu”, yang menjadi siulan sehingga kini.
9. Sehingga kini Aishah memiliki 10 buah album
Sepanjang 27 tahun berkecimpung dalam bidang nyanyian, Aishah sudah melahirkan 10 buah album.
10. Pernah tiga kali gagal dalam perkahwinan
Aishah memaklumkan telah berkahwin kali keempat namun memilih untuk merahsiakan identiti suaminya. Melalui dua perkahwinan terdahulu, Aishah dikurniakan dua anak lelaki, Armand Zahari, 24, dan Azhad Ahlami, 19.
Sumber: Astro Awani