fbpx

“10 Guru Vokal Kata Saya Boleh Menyanyi”

Usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli berkata dia seakan tidak percaya apabila sepuluh guru vokal yang ditemuinya mengatakan dia boleh menyanyi.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

Menerusi perkongsian di Insta Story, Iqbal berkata semua guru vokal mengtakan suaranya mempunyai karakter serta ciri khas tersendiri.

BACA: Iqbal Tak Sangka Mak Nyah Lebih Memahami Dari Wanita Tulen

“Kesemua guru vokal yang saya jumpa, dalam 10 orang, kesemuanya kata saya boleh menyanyi. Saya pun macam tidak percaya. 

“Tetapi mereka semua profesional dan lebih tahu menilai. Semua guru vokal kata, suara saya ada karakter atau ciri khas,” tulisnya.

Sementara itu, Iqbal berkata guru vokal terkenal, Cikgu Shafi turut memujinya memiliki sebutan yang fasih serta berjiwa kental, namun kekurangannya dia banyak berfikir sehingga tidak dapat memberi fokus.

“Cikgu Shafi puji saya fasih menyebut satu persatu perkataan dan berjiwa kental. Cuma dia tegur, saya terlalu banyak berfikir sehingga tidak dapat fokus.

“Satu lagi, mata saya terlalu cepat ‘tangkap’ berbanding telinga. Memang betul. Sewaktu di atas pentas mata saya nampak keseluruhannya, sehingga bulu hidung pun saya boleh nampak,” tulisnya.