fbpx

Zul Ariffin Didakwa Mabuk Dan Bersosial Dengan Perempuan

Baru sahaja nama pelakon ini mekar di hati peminat hiburan tempatan kerana lakonan beliau dalam drama bersiri Rindu Awak 200%, nampaknya kini ada gossip tidak enak sedang diperkatakan oleh para peminat di sebuah forum hiburan.

Sekeping gambar Zul Ariffin yang menunjukkan beliau sedang berpelukan dengan seorang gadis tidak dikenali mula tersebar sejak beberapa hari lalu dan gambar itu didakwa diambil ketika pelakon ini berada di Pulau Langkawi baru baru ini atas urusan kerja.

BACA: Ayda Jebat Nafi Jadi Punca Zul Ariffin Renggang, Gaduh Dengan Kekasih

Ada sumber turut mengatakan ketika gambar ini diambil Zul Ariffin sedang berparti sakan selain berada dalam keadaan tidak sedar kerana mabuk. Bahaya dakwaan ini.

Semua sedia maklum akan hubungan cinta Zul Ariffin dan Gayatri Su-Lin Pillai namun gadis dalam gambar yang tersebar ini 99% tidak mempunyai susuk tubuh atau mirip penerbit filem itu.

Ada kemungkinan juga ini merupakan gambar lama sebelum Zul Ariffin popular seperti sekarang namun masih, pelakon itu perlu tampil dengan jawapan sendiri. Hmm. (rtky/m)