fbpx

Zizan Razak Tak Kisah Dibandingkan Dengan Alif Satar

Pada tahun ini memperlihatkan gandingan diantara Zizan Razak dan Alif Satar sebagai pengacara baru bagi program realiti nyayian Akademi Fantasia. Kali pertama digandingkan, ada desas-desus yang cuba membandingkan kreadibiliti Alif yang jauh lebih bagus sebagai seorang pengacara berbanding Zizan yang sudah kali kedua mengacara rancangan itu.

BACA: Zizan Razak Doa Yang Terbaik Buat Kamal Adli, Emma Maembong

“Setiap pengacara ada kelebihan dan cara mereka sendiri ketika mengendalikan program. Begitu juga saya dan Alif. Walaupun baru kali pertama bergandingan, kami tiada masalah untuk mendapat keserasian di pentas AF. Saya juga akan memperbaiki kelemahan sedia ada dan berusaha memberikan komitmen terbaik pada AF,” katanya kepada Harian Metro berhubung perkara itu.

Ditanya mengenai keadaan kesihatan beliau berikutan ada berita mengatakan beliau jatuh sakit pada tempoh hari gara-gara bebanan kerja yang keterlaluan, Zizan akui dirinya mengalami tekanan kerana bekerja tanpa rehat. Bagaimanapun katanya lagi, beliau akan cuba sedaya upaya untuk bijak membahagikan masa supaya lebih teratur dan bergerak seiringan.

Pada masa yang sama, Zizan turut berkongsi minat barunya didalam dunia permotoran kecil. Malah beliau akui ingin bergerak serius sebagai pelumba kereta proffesional dan mengikuti segala kemahiran yang ditetapkan dalam sukan terbabit. Walaupun sukan ini agak berbahaya dan berisiko tinggi namun ia bukanlah halangan bagi Zizan untuk menceburi bidang terbabit dengan aktif. (rkty/w)