fbpx

Zizan Razak Doa Yang Terbaik Buat Kamal Adli, Emma Maembong

Walaupun sudah lama tidak berhubung, Zizan Razak mendoakan yang terbaik buat bekas kekasihnya, Emma Maembong berikutan keretakan hubungan cinta bersama Kamal Adli baru-baru ini. Zizan pada masa yang sama turut terkejut dengan berita itu selepas ditanya oleh beberapa rakan yang mahukan kepastian mengenai pergolakan hubungan cinta mereka.

BACA: Mira Filzah: Zizan Razak Bukan Buaya Darat

“Sejak saya dan Emma berpisah saya tidak pernah berhubung lagi dengan beliau dan kami hanya akan terserempak jika ada menghadiri majlis hiburan sahaja. Saya juga terkejut dan baru mengetahui tentang berita ini setelah ramai yang bertanyakan mengenainya. Saya sendiri tidak tahu tetapi sebagai sahabat saya hanya mampu mendoakan yang terbaik sahaja”

“Saya tidak ada sebab untuk menjadi punca mereka putus hubungan kerana selepas saya dan Emma berpisah, kami tidak menyimpan rasa cinta lagi. Malah, saya sentiasa berdoa agar dia mendapat ketenangan dan dapat apa yang dia cari selama ini,” katanya kepada m Star Online mengulas lanjut mengenai keretakan hubungan cinta antara Emma dan Kamal.

Terdahulu, hubungan cinta diantara Emma dan Kamal dikatakan hambar apabila masing-masing tidak lagi memuat naik gambar bersama di laman Instagram. Malah perkara itu juga telah disahkan sendiri oleh kedua-dua pihak, namun Kamal memilih untuk meletakan semua kesalahan yang menjadi penyebab kerengangan hubungan cinta mereka diatas bahu beliau.

Sementara itu, apabila ditanyakan mengenai kewujudan pihak ketiga yang mungkin menjadi punca kerentakan hubungan mereka, Kamal tampil menafikannya. Namun dalama masa yang sama terpalit pula nama Fatiya Latiff yang didakwa menjadi orang ketiga didalam perhubungan itu walaupun Fatiya sendiri menolak dakwaan terbabit dan cuba bersikap profesional. (rkty/w)