fbpx

Zed Zaidi: Parti Politik Membayar Selebriti Untuk Burukkan Kerajaan

Ini menarik dan keluar dari mulut Presiden Persatuan Seniman (Seniman) sendiri. Zed Zaidi mendakwa wujud’nya artis yang di’bayar untuk memburukkan kerajaan sedia ada.

Bercakap kepada mStar Online hari ini, Zed Zaidi dedahkan segelintir selebriti yang kini aktif berpolitik menerima imbuhan puluhan ribu ringgit ketika hadir ke program atau ceramah.

“Hasil maklumat yang kami peroleh, artis yang cenderung kepada parti politik tertentu mendapat imbuhan berlipat ganda berbanding ketika mereka aktif dalam bidang seni”

“Jumlah pendapatan itu mencecah puluhan ribu ringgit sebulan bergantung kepada banyak mana program atau ceramah yang mereka sertai dalam masa sebulan,” kata Zed Zaidi.

Menurut Zed Zaidi lagi, tiada selebriti yang melakukan aktiviti melibatkan politik secara sukarela sedangkan mereka tiada pekerjaan lain. Semuanya kerana imbuhan yang di’terima.

Selain bermotifkan politik & wang, Zed Zaidi juga mendakwa ada segelintir artis yang berhijrah hari ini semata mata untuk menutup kisah hitam yang di’lakukan dahulu.

“Ada juga artis yang berhijrah tetapi bukannya benar-benar berhijrah sebaliknya sekadar mahu menutup kisah buruk diri yang pernah dilakukan semasa bergelar artis,” tambah Zed Zaidi lagi.