fbpx

Yusry KRU Tidak Kisah Lisa Surihani Gemuk

Sememangnya sesuatu yang normal buat ibu mengandung dan melahirkan anak apabila berat badan mereka meningkat. Bagi Yusry KRU, dia dalam masa yang sama tidak kisah jika Lisa Surihani ingin mengurangkan berat atau tidak.

BACA: Yusry KRU, Lisa Surihani Enggan Buka Laman Sosial Untuk Anak

“Saya rasa, sesiapa pun yang bergelar isteri selepas bersalin, keinginan untuk menguruskan berat badan pastinya ada. Cuma, saya lihat apa yang dilakukan Lisa bukan kerana dia ambil peduli badan berisi atau runsing soal berat badan, tetapi lebih kepada menitikberatkan soal kesihatan”

“Bagi saya soal menjaga kesihatan bukan lagi semata-mata untuk kurus, tetapi sudah menjadi gaya hidup. Bayangkan jika kelahiran anak pertama saja sudah mengubah kekentalan diri, macam mana pula kalau ada rezeki untuk mendapatkan anak kedua?”

“Jadi, ia sebenarnya lebih kepada langkah berjaga-jaga. Bagaimanapun, memang disiplin Lisa sangat tinggi untuk menguruskan badan,” jelas Yusry yang dipetik melalui BH Plus. Tambah Yusry, semangat Lisa dalam mendapatkan bentuk badan ideal jauh lebih hebat berbanding dirinya.

Sementara itu, Yusry dalam masa yang sama turut mengakui bahawa kehidupan setelah adanya anak sulung mereka, Yahaira membuatkannya lebih berusaha keras demi kelangsungan keluarga. Apa pun, semoga keluarga ini akan terus bahagia. (rtky/s)