fbpx

Yatt Hamzah Bakal Nikah Jurugambar Hujung Bulan Ini?

Sama ada benar atau tidak dakwaan yang diterima daripada sumber kami, hanya empunya badan yang mempunyai jawapan yang sebenar. Menurut sumber, Yatt Hamzah dijangka bakal melangsungkan perkahwinan pada pagi 27 Februari ini di Masjid Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

BACA: Yatt Hamzah Nafi Orang Ketiga Punca Cerai

Menurut info itu lagi, lelaki yang bakal dikahwini oleh Yatt adalah seorang jurugambar sambilan dan muda 10 tahun darinya selain turut mendakwa bahawa lelaki berkenaan merupakan orang ketiga dalam perhubungan Yatt bersama suami.

Bagaimanapun, Yatt sendiri pernah menafikan punca keretakan rumah tangga mereka adalah daripada kehadiran orang ketiga.

Tidak. Saya sangkal sama sekali (khabar angin). Perkara itu tidak wujud. Saya pun tak tahu dari mana perkara itu timbul. Biasalah, sebagai selebriti, apa saja yang kita lakukan akan diberikan perhatian khusus”

“Saya pernah dengar juga sebelum ini (tentang gosip itu) tapi tidak benar,” katanya sebelum ini menafikan perkara tersebut. Apa pun, semoga apa yang dirancang oleh Yatt akan dipermudahkan. (rtky/s)