fbpx

Wawa Zainal: Ada Pihak Mahu Saya Benci Aeril Zafrel

Sekarang ini kita semua dalam keadaan kenyataan sebelah mana boleh kita percaya. Laporan terperinci sebuah akhbar hujung minggu lalu atau kenyataan Twitter dua orang pelakon ini yang sebenarnya tidak menjawab apa apa.

BACA: Aeril Zafrel Enggan Komen Dakwaan Sudah Nikahi Wawa Zainal, Ada Anak

Menerusi akaun Twitter beliau, Wawa Zainal mengulas kontroversi terbaru yang melanda dirinya & Aeriz Zafrel tetapi pula tidak memberikan penjelasan sebenar selain mengakui masih belum berkahwin dan seakan menjamin semuanya akan terjawab suatu masa nanti.

Wawa Zainal menulis yang beliau kenak siapa Aeril Zafrel dan tahu ada pihak tertentu yang berusaha untuk membuatkan dirinya membenci pelakon lelaki popular itu. Wawa Zainal juga berharap yang Aeril Zafrel terus tabah sehingga sampai masanya.

“Saya kenal Aeril Zafrel dan orang orang yang memang dari dulu mahu saya membenci pada dia & memang ada niat menjatuhkannya. Semoga dia terus tabah sampai masanya”

Dalam beberapa kemaskini terbaru melalui Twitter beliau juga Wawa Zainal turut berterima kasih kepada semua yang mendoakan kebahagiaan dirinya dan Aeril Zafrel. Hmm.