Oleh RotiKaya Staff pada
09 October 2011, 3:10PM

Beberapa hari lalu, ada dengar dengar mengatakan video klip rasmi terbaru Siti Nurhaliza telah bocor ke’internet untuk beberapa jam sebelum di’tarik balik.

Hari ini, video klip rasmi untuk single Falling In Love sekali lagi kelihatan tetapi kali ini versi penuh dan bukan dari akaun rasmi Youtube Siti Nurhaliza, Siti Digital.

Video muzik yang berlatarbelakangkan pusat membeli belah untuk orang orang kaya Malaysia, Pavilion ini berkonsepkan santai & menampilkan ratusan penari professional.

Kami juga tidak pasti sama ada ini merupakan pelancaran rasmi video muzik ini atau seseorang dalam produksi Siti Nurhaliza membocorkan ke internet lebih awal.

Kami sempat berada di lokasi penggambaran video muzik ini sekitar pertengahan September lalu & tidak sangka sebulan selepas ianya di’rakamkan, produksi sudah berjaya membawakan versi penuh ke Youtube.


Komen & Lain-lain

Ada komen? Tinggalkan di'sini ...