fbpx

Train To Busan Kutip Lebih RM20 Juta Di Malaysia

Selain turut menjadi fenomena perfileman di Korea, filem Train To Busan dalam masa yang sama turut mencatat kutipan yang memberangsangkan di Malaysia iaitu lebih RM20 juta.

BACA: Munafik Sudah Kaut RM18 Juta

Jumlah kutipan tersebut yang memberangsangkan itu berjaya dikutip hanya dalam tempoh dua minggu tayangan. Mula ditayangkan bermula 8 September lalu, filem berkenaan masih lagi ditayangkan di 119 pawagam di seluruh negara.

Filem zombie tersebut turut mencipta rekod di Korea sendiri apabila melepasi angka 10 juta tontontan di Korea Selatan sejak ia ditayangkan di pawagam pada 22 Julai lalu.

Train To Busan sebelum ini pernah ditayangkan pada Festival Filem Cannes Ke-69 yang berlangsung pada awal tahun ini.
Selain itu, ia juga pernah menerima penghargaan khas pada Festival Filem Antarabangsa Fantasia Ke-20 di Kanada baru-baru ini. (rtky/s)