fbpx

Tiz Zaqyah Kahwin Sekiranya Sampai Jodoh

Heroin drama bersiri Jodoh Itu Milik Kita, Tiz Zaqyah memberitahu bahawa dia akan berkahwin sekiranya jodohnya berpanjangan dan berkekalan dengan kekasihnya kini.

“Saya akan berkahwin sekiranya saya mempunyai jodoh yang panjang dan kuat bersama-sama dengan kekasih saya sekrang ini,” katanya ringkas.

Apabila disoalkan bilakah dia akan menamatkan zaman bujangnya, Tiz Zaqyah seolah-olah cuba berselindung dari menjawab soalan tersebut dan terus menjelaskan bahawa dia akan berkahwin tetapi bukan dalam jangka masa sekarang atau pun pada hadapan.

“Saya tidak tahu bilakah saya akan berkahwin, mungkin saya akan membuat kejutan dan tidak mungkin untuk saya berkahwin dalam jangka masa terdekat ini atau pada tahun hadapan. Naluri ada sebagai wanita untuk berkahwin apabila melihatkan ramai rakan-rakan yang sudah berkahwin dan mempunyai anak, tetapi mungkin belum tiba masanya lagi,” ujarnya.

Dikhabarkan juga, Tiz Zaqyah baru sahaja pulang dari kota New York disebabkan menjalani penggambaran untuk program Oh My English di sana.

Sementara itu, drama bersiri yang Jodoh Itu Milik Kita memberikan impak yang begitu mendalam dari segi emosinya kerana hampir setiap hari dia menangis untuk mendapatkan feel yang ada dalam drama yang diadaptasikan dari novel popular itu.

“Agak penat kerana hampir setiap hari saya bermain air mata kerana drama tersebut agak emosi dan memerlukan ‘feel’ yang begitu mendalam. Secara jujurnya saya tidak membaca novel tersebut dan sekarang baru baca hampir setengah muka surat sahaja,” ujarnya lagi. (rtky/hfz)