Oleh RotiKaya Staff pada
28 January 2013, 12:01PM

Rotikaya.com (RTKY) : Kenyataan Nazmi Faiz pagi tadi di Twitter …

Tengku Fiella (TF): Saya tidak pernah kenal pun Aidil (Zafuan) — Nazmi saya tidak tahu’lah, dia memang kuat cemburu dan kami sudah lama putus. Dia ada hubungi I semua tetapi I tak layan.

RTKY: Bila putus?

TF: Dua, tiga minggu lepas — kalau tidak silap.

BACA: Bekas Kekasih Nazmi Faiz & Aidil Zafuan Ada Hubungan Sulit?

RTKY: Bagaimana dengan dakwaan Nazmi Faiz yang mengatakan you adalah seorang kaki kikis & penipu?

TF: Kalau betul baik I minta mana mana Datuk taja hidup I, lagi baik.

Dia (Nazmi Faiz) mungkin tengah marah & tidak boleh terima hakikat yang kami sudah putus — dan kini dia libatkan semua orang termasuklah Aidil Zafuan pagi tadi.

Berkaitan Johan As’ari, dia merupakan abang kepada kawan I dan dia ada ucapkan happy birthday melalui Twitter dan I retweet — Nazmi terus cemburu kerana ingat I ada hubungan dengan Johan.

I kasihankan Aidil Zafuan apabila di’kaitkan kali ini. Isu dia dengan isterinya (Rita Rudaini) pun belum selesai bertambah pula dengan cerita yang di’bawa entah siapa siapa.

RTKY: Dalam ramai ramai lelaki. kenapa Aidil Zafuan yang di’kaitkan dengan you?

TF: Itu I tak tahu — ada bukti ke I jumpa Aidil atau pergi Johor? Jumpa atau kenal Aidil secara peribadi pun tidak pernah.

RTKY: Jadi, di’sini memang you menafikan semua yang di’tulis Nazmi Faiz pagi tadi?

TF: Ya. I terkejut bangun pagi pagi dengan berita sebegini. Dua tiga hari ini Nazmi ada hubungi I tetapi kerana I tak layan dia mula ugut untuk menulis macam macam pasal I di Twitter.

Dia siap beritahu I,”Baik kau angkat telefon atau aku akan tulis benda buruk pasal kau di Twitter” & saya terkejut yang dia betul betul buat.

Jangan ambil serius apa yang Nazmi Faiz tulis di Twitter kerana dia sendiri pun belum matang & mungkin dalam keadaan tertekan bermain dengan kelab di Portugal.

RTKY: Okay, terima kasih!


Komen & Lain-lain

Ada komen? Tinggalkan di'sini ...