fbpx

Nampaknya Taylor Swift ada bahan baru untuk di’jadikan kisah lagu beliau selepas ini — laporan terbaru media ada menyebut yang beliau & Harry Styles kini buat haluan sendiri.

Walaupun baru seminggu lalu pasangan ini di’lihat mesra berkucupan menyambut tahun baru 2013, Taylor Swift & Harry Styles nampaknya tidak lagi bergelar pasangan romantis.

Pasangan ini di’khabarkan telah terbang ke British Virgin Islanda untuk menikmati percutian tetapi Taylor Swift telah pulang awal selepas bergaduh dengan Harry Styles — yang tidak diketahui kerana apa.

Ini bukan sesuatu yang mengejutkan buat Taylor Swift kerana tempoh percintaan yang pendek seakan sinonim dengan diri beliau. Sebelum ini, beliau bercinta dengan Conor Kennedy & bertahan hanya beberapa bulan.