fbpx

Tasha Shilla Dan Hans Putus Cinta, Batal Kahwin?

Sebelum ini, jika dilihat biasanya Tasha Shilla selalu juga memuat naik gambar dia dan juga kekasih hati, Hans, di akaun Instagram miliknya, namun kini sudah berkurang. Kami juga dengar-dengar khabarnya mereka sudah berpisah.

BACA: Han Rancang Nikah Tasha Shilla Tahun Ini

Khabarnya hubungan cinta mereka baharu sahaja berakhir selepas menyulam cinta sejak tahun 2013. Punca perpisahan seperti dijangka sejak awal adalah berpunca daripada perbezaan agama.

Jika perkara ini benar, adakah Tasha akan membatalkan perkahwian mereka seperti yang dirancang bersama Hans sebelum ini?

Jika benar, semoga Tasha mampu mengusung duka akibat kehilangan lelaki yang dicintai dan membawa pergi segala keperitan hidup yang selama ini berbekas di hatinya. (rtky/syfq)