fbpx

Beberapa minggu lalu, kecoh juga dunia hiburan Malaysia apabila ada gossip mengatakan yang pasangan Aiman Hakim Ridza dan Nur Fathia bermesra sakan sebelum sama sama berlepas ke Paris.

BACA: Nur Fathia Dan Aiman Hakim Ridza Berpeluk Sakan Di KLIA?

Namun kenyataan terbaru dari mulut Aiman Hakim Ridza sendiri menafikan yang mereka berkelakuan seperti yang di’gambarkan petugas KLIA & jauh dari apa yang di’bayangkan oleh para peminat.

“Sejujurnya, saya hanya meletakkan tangan atas bahu Nur Fathia. Ia lebih bersifat santai. Tapi bab berpegangan tangan itu, saya tidak mahu komen,” ujar Aiman Hakim Ridza kepada Berita Harian.

Ditanya sama ada benar beliau dan Nur Fathia kini sedang bercinta, Aiman Hakim Ridza memilih untuk tidak bercakap soal peribadi atau cinta kerana takut tidak jadi seperti yang di’harapkan.

“Untung mengaku setiap hubungan adalah pasangan kekasih, ia terlalu kebudak-budakan bagi saya. Kalau boleh saya nak pelihara soal peribadi ini dulu — bimbang tak jadi pula apa yang diharap”