Gambar: Kad Undangan Perkahwinan Sahkan Yasmin Hani Kahwin 21 Oktober

Maafkan kami jika tersilap, rasanya ini merupakan pertama kali rasanya seorang selebriti reka setem sendiri untuk kad undangan perkahwinan.

Tetapi itu bukan perkara yang mustahil kerana Pos Malaysia sendiri menawarkan khidmat rekabentuk setem sendiri — tetapi masih, ia’nya sesuatu yang unik.

Yasmin Hani yang sebelum ini merahsiakan tarikh perkahwinan beliau bulan ini akhirnya mendedahkan kepada para jemputan melalui kad undangan khas.

Majlis perkahwinan Yasmin Hani & Shahrin Blackrose (gambar, yang handsome) akan berlangsung di Duchess Place, Jalan Ampang seperti yang di’rancang pada 21 Oktober 2011.

Menurut Yasmin Hani sebelum ini, beliau akan mengenakan baju pengantin rekaan pereka fesyen muda terkenal, Hatta Dolmat dan majlis resepsi mereka akan berkonsepkan majlis dalam taman.

Gambar kad undangan perkahwinan Yasmin Hani & Shahrin Blackrose di’bawah di’kirimkan oleh Klubbkidd melalui Twitter rasmi beliau awal pagi ini dan gambar di’gunakan dengan izin. Heh. Teruskan Membaca

Yasmin Hani Rahsiakan Tarikh Kahwin Oktober Ini, Resepsi Dalam Taman

Entah apa yang di’rahsiakan pun kami tidak tahu. Lagi menyulitkan jadual orang lagi ada.

Yasmin Hani & Shahrin Blackrose merupakan selebriti seterusnya dalam jadual perkahwinan untuk bulan Oktober.

Namun bercakap kepada GUA baru baru ini, Yasmin Hani masih enggan mendedahkan tarikh sebenar majlis pernikahan & resepsi beliau nanti.

Tidak mengapa. Gambar di’sebelah di’ambil ketika Yasmin Hani & Shahrin Blackrose menemui wakil Avicenna Studio yang di’lantik sebagai jurugambar rasmi majlis perkahwinan mereka.

Yasmin Hani turut di’khabarkan memilih khidmat pereka baju terkenal Hatta Dolmat untuk persalinan untuk resepsi di Duchess Place, Jalan Ampang.

Selamat pengantin baru Yasmin Hani & Shahrin Blackrose, kalau rajin layang layangkan kad jemputan kepada kami di Rotikaya HQ. #MukaTakMalu

Gossip: Yasmin Hani Sedang Hangat Bercinta Dengan Shahrin Ex Blackrose?

Disclaimer: Sebahagian informasi dalam artikel ini datang dari forum hiburan terunggul, terhebat & terkemuka Malaysia, Cari.com.my.

Ini satu gossip untuk anda semua yang mahu mulakan hari Isnin dengan kisah selebriti yang belum tentu kesahihan’nya.

Hari ini, dalam sebuah forum gossip kegemaran rakyat Malaysia, heboh tentang kisah yang mengatakan Yasmin Hani sudah pun berkahwin secara senyap senyap.

Dalam menanti kesahihan status perkahwinan Yasmin Hani, seorang peminat hiburan tampil memberikan maklumat yang kami kira baru dalam dunia hiburan.

Yasmin Hani kini di’katakan sedang hangat bercinta dengan Shahrin, bekas drummer kumpulan Blackrose.

Percintaan mereka bukan main main menurut sumber kerana mereka di’khabarkan pernah bercuti bersama ke sebuah pulau peranginan di Thailand.

Tapi pemergian mereka bukan berdua, tetapi di’temani oleh rakan rakan mereka yang lain. Bagus!

Yasmin Hani pernah bercuti ke Thailand bersama teman lelaki sebelum ini & gambar percutian mereka tersebar luas di internet.

Untuk anda yang tidak tahu, Shahrin juga merupakan bekas suami kepada Ida Nerina dan mereka bercerai penghujung 2010 lalu.

Di’bawah merupakan keratan salah satu akhbar harian hari ini yang di’kirimkan oleh seorang pembaca, @adlysyam. Teruskan Membaca

(Gambar) Bila Sazzy Falak & Kawan Kawan Berjumpa Pizza

Sebagai hiburan ringan di’hari Rabu nan indah ini, kami sajikan dari kotak simpanan kami gambar bukan konvensional Sazzy Falak & rakan-rakan.

Bukan selalu kita dapat lihat selebriti wanita kita dalam penampilan biasa di’rumah — lebih-lebih lagi aksi mereka apabila bertemu pizza.

Dalam dua keping gambar ini, kelihatan selebriti jelita Malaysia Sazzy Falak, Atilia, Yasmin Hani, Aishah Sinclair & Dynas menikmati makan malam mereka. Teruskan Membaca

123