Daphne Iking Bersikap Terbuka Dalam Hal Agama, Isobel Bisa Sebut Bismillah

Terbaru & relevan: Bekas Suami Daphne Iking Terkejut Isobel Bukan Anak Kandungnya. Apa Cerita Daphne Iking? – mStar Online

Termasuk entri ini, sudah dua entri kami keluarkan ada kaitan dengan sensitiviti agama. Pertama, isu pengakuan gay oleh Azwan Ismail yang bakal mencetus isu negara.

Cuma entri ini bukan satu isu pun, cuma lebih kepada highlight mereka yang mempunyai sifat keterbukaan terhadap agama & gaya hidup yang berbeza. Kita ‘kan satu Malaysia.

Daphne Iking dalam temubual terbaur bersama Mangga Online mengakui yang beliau tiada masalah untuk bersifat terbuka dengan agama lain.

Daphne Iking juga mengakui yang Isobel kini rapat dengan pembantu rumah beliau yang kuat pegangan agama Islam’nya.

Isobel yang baru berusia 3 tahun di’katakan selalu ikut cara-cara pembantu rumah Daphne Iking bersolat & sudah pandai menyebut ‘Alhamdulillah’ & ‘Bismillah’.

“Saya tak mahu terlalu menekan anak soal beragama kerana itulah cara saya dibesarkan dulu. Cukuplah jika dia kenal dan takut kepada Tuhan.”

“Biarlah Isobel belajar segalanya dan apabila besar nanti dia mampu berfikir sendiri dan memilih sendiri.” Win or not?

(Gambar) Daphne Iking Dalam Tandas

Ok. Ok. Kamu mengaku bersalah menyiarkan berita artis paling mengarut dalam sejarah penerbitan gossip Malaysia. Daphne Iking dalam tandas.

Gambar ini di’rakamkan oleh penyanyi kecil molek yang kami secara senyap-senyap minati, Atilia & tidak dapat kami pastikan tarikh dan masa.

Untuk buat gossip tong sampah ini nampak sedikit menarik, kami mahu anda tulis satu dialog yang mungkin sedang di’fikirkan oleh Daphne Iking ketika ini. 1, 2 and go!

Shahrin Zahari, Bekas Suami Natasha Hudson Kini Bersama Daphne Iking

Jika anda membaca kolum hiburan hari ini di Berita Harian (fixed!), sekali lagi penulis di’sana mengeluarkan gossip tentang mereka berdua ini.

Shahrin Zahari yang baru sahaja menduda selepas bercerai dengan Natasha Hudson kini di’katakan sedang memadu kasih dengan pengacara & pelakon jelita Daphne Iking.

Gossip yang di’tulis hari ini tidak spesifik seperti kami jangkakan kerana kisah Daphne Iking & bekas suami Natasha Hudson ini berlangsung sudah lama.

Semuanya berpunca apabila Natasha Hudson secara senyap menjalankan ujian DNA ke’atas anak perempuan Daphne Iking & mendakwa anak tersebut membawa DNA suaminya, Shahrin Zahari.

Natasha Hudson juga dalam satu kenyataan tidak berapa lama dahulu pernah menyebut manusia yang paling beliau benci ketika ini adalah Daphne Iking.

Beberapa malam yang lepas, ada seorang peminat hiburan terserempak dengan pasangan duda & janda ini sedang menikmati makan malam bersama di sebuah restoran mewah di Petaling Jaya.

Kenapa kami tidak tulis Datuk Shahrin Zahari? Well, gelaran Datuk yang di’terima jejaka ini juga sebenarnya meragukan ramai pihak. Untuk selamat, kami gugurkan sendiri gelaran Datuk buat Shahrin Zahari.

(Gossip) Daphne Iking Punca Natasha Hudson & Suami Bercerai?

Dan, orang pun mula bercakap tentang bekas suami Natasha Hudson ini.

Datuk Shahrin Zahari yang kita tahu adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya & memiliki raut wajah yang tidak kurang kacaknya.

Lantaran usianya masih muda, Datuk ini di’katakan mula menjadi sebutan para wanita yang mendambakan kasih sayang lelaki seperti beliau.

Namun, dalam pada itu, ada beberapa sumber yang menyatakan bekas suami Natasha Hudson ini sedang menjalin hubungan dengan jelitawan Daphne Iking.

Sumber juga mengatakan yang hubungan Datuk Shahrin Zahari & Daphne Iking ini telah berlangsung sejak Daphne Iking masih lagi isteri orang.

Ketika itu, mereka berdua di’katakan berkongsi harapan untuk melihat rumahtangga masing-masing dapat di’selamatkan namun jodoh bukan di’tangan mereka.

Kini mereka berdua telah single & kami rasa tiada salahnya untuk di’teruskan hubungan ke peringkat yang lebih serius. Natasha Hudson sendiri kata mereka bercerai cara baik.