Hannah Tan Lancarkan Aplikasi iPhone Sendiri. Bukan Percuma Beb.

Nampaknya semakin maju selebriti Malaysia hari ini. Sudah punya aplikasi iPhone buat peminat.

Hannah Tan menjadi selebriti Malaysia pertama yang memiliki aplikasi iPhone khas buat peminat beliau seluruh dunia.

Hannah Tan yang kini berpengkalan di Jepun hadir di Kuala Lumpur untuk melancarkan aplikasi berbayar pertama beliau.

Beliau mengakui terpengaruh dengan selebriti antarabangsa yang mempunyai aplikasi iPhone sendiri seperti Lady Gaga, Britney Spears & mendiang Elvis Presley.

Aplikasi iPhone Hannah Tan ini bakal membolehkan peminat beliau mempunyai akses ke berita terbaru, gambar terkini & juga video eksklusif Hannah Tan.

Jika anda peminat hardcore Hannah Tan, anda boleh dapatkan aplikasi iPhone ini melalui iTunes dengan sekali bayar US$0.99 (RM3.20).

Terima kasih & kredit gambar kepada The Star Online. Ada tips berguna untuk kami? E-mailkan kepada kami atau hantar melalui Twitter @rotikaya.

Hannah Tan, Most Wanted Women In The World 2010 (Edisi Malaysia)

Majalah kegemaran penulis & juga teman serumahnya, FHM Malaysia hari ini secara rasmi mengeluarkan senarai 100 wanita paling di’kehendaki di’dunia untuk tahun 2010.

Di’kehendaki di sini bukan kerana mereka penjenayah tetapi kerana kemampuan mereka untuk meluruhkan & mencairkan isi perut para lelaki (seperti kami).

Tahun ini, untuk edisi Malaysia, Hannah Tan untuk kali kedua selepas tahun 2006 berjaya merampas takhta The Most Wanted Women in the World.

Untuk edisi antarabangsa, Marissa Miller berjaya merampas takhta tersebut dari Megan Fox walaupun pada tahun sebelumnya beliau jauh dari senarai Top 10.

Antara nama tempatan lain yang masuk dalam senarai adalah Julie Woon (#05), Sarah Lian (#27), Andrea Fonseka (#30), Daphne Iking (#40), Marion Caunter (#49) & Fazura (#66)

Nama-nama lain — Belinda Chee (#74), Nana XFM (!) (#84), Sari Yanti (#90), Juliana Evans (#93), Nora Danish (#96) & Lana Nordin (#99).

Kalau mahukan senarai penuh 100 Most Wanted Women in The World 2010, dapatkan edisi terbaru majalah FHM di’pasaran hari ini. Gambar selepas ini, enjoice! Teruskan Membaca

(Gambar) Hannah Tan Bergaya untuk URTV Dalam Kebaya Moden

Pertamanya, betul ke baju yang Hannah Tan pakai dalam gambar sebelah kebaya moden? Kami kurang arif.

Apapun, Hannah Tan nampak manis & comel dalam persalinan tersebut. Yang bergambar bersama Hannah Tan dalam gambar adalah Mastura, orang URTV.

Gambar ini dirakam ketika Hannah Tan menjalani sessi fotografi dengan URTV baru-baru ini.

Kalau mahu lihat gambar penuh, boleh ramai-ramai beli URTV keluaran akan datang.

Sedikit berita tentang Hannah Tan, beliau kini sedang sibuk menjalani rakaman album studio pertama beliau yang akan dipasarkan ke pasaran Jepun.

Perjanjian Hannah Tan dengan pihak syarikat rakaman dari sana khabarnya bernilai RM6 juta. Harapnya nama Hannah Tan bolem boom di negara matahari terbit itu.