fbpx

Syura Juara MasterChef Selebriti Malaysia 2, Sumbang RM60,500

Selepas bertarung dalam 40 episod & bersaing dengan 18 selebriti lain dalam program realiti MasterChef Selebriti Malaysia musim kedua — Syura akhirnya berjaya meraih gelaran juara mutlak.

Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron di’nobatkan sebagai juara musim kedua program ini selepas berjaya ketepikan saingan hebat dari pengacara Celina Khor di pusingan terakhir.

Kalau anda terlalu sibuk untuk menonton program kegemarana anda di atas sofa empuk enak, kini anda boleh tonton bila bila masa di mana sahaja hanya dengan Astro On-The-Go!

Kemenangan ini membolehkan Syura menerima wang tunai berjumlah RM60,500 yang akan disumbangkan kepada badan kebajikan yang diwakili iaitu Breast Cancer Welfare Association of Federal Territory.

“Alhamdulillah, saya tidak menyangka kemenangan ini kerana tidak menjangka yang dapat pergi sejauh ini — saya banyak belajar mengenai dunia masakan dalam pertandingan ini,” ujar Syura.